BAGI para peminat penyanyi raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, berpeluang memberi nama untuk anak bongsunya berkelamin perempuan yang bakal lahir. 

Jamal meminta peminat memberi nama bakal anaknya setelah mendapat persetujuan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, yang dijangka bersalin pada 23 Mac 2023.

Menurut Jamal, peminat boleh mencadangkan nama yang mempunyai makna baik kepada ruangan komen dalam Instagram dirinya atau isteri.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi legenda Jamal Abdillah

Jamal dan Zai bersama tiga cahaya mata

Menurut Jamal, dia dan isterinya tidak sabar menantikan kelahiran bayi perempuan itu bagi melengkapkan kebahagiaan rumah tangganya. Tambahnya, isteri dan janin bayi perempuannya berada dalam keadaan sihat dan tidak sabar menunggu hari 

kelahiran.

Melalui perkahwinan keempat Jamal dengan Zai sejak 1 April 2017, mereka memperoleh tiga cahaya mata setahun satu iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani, 1, yang lahir pada 22 Februari 2022.

Sementara melalui perkahwinan kedua dan ketiga, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16.

Memandangkan usianya semakin meningkat, Jamal berkata dengan kelahiran anak terbaharunya, dia tidak bercadang untuk menambah anak lagi.

Menurut Jamal dia kini perlu menyediakan keperluan secukupnya untuk anak-anak dan berjaya hingga ke menara gading.

Dia dan isteri kini fokus membesarkan anak-anak yang masih kecil untuk berjaya dalam hidup.


Zaki ketika mengikuti kelas tuisyen (gambar kiri) dan bersama abangnya, Osama dalam Famili Duo



Sementara itu anak kedua Jamal, Ahmad Zaki Yamani yang lahir pada 5 Disember 2006 mempunyai impian untuk menjadi pensyarah. 

Baginya walaupun sudah memperlihat kejayaan sebagai penghibur setelah menjuarai pertandingan ‘Duo Famili’ musim 2 baru-baru ini  bersama abangnya Osama, namun dia memandang penting aspek pendidikan untuk masa depannya.

Bagi mengejar cita-citanya menjadi pensyarah, Zaki menyasarkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.  

Zaki menyasar untuk memperolehi 7A dalam SPM. Lima subjek utama adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains. 


Zaki bersama rakan-rakan ketika mengikuti kelas tuisyen

Bagi mencapai sasaran itu Zaki Yamani mengikuti tuisyen dengan mengambil lima mata pelajaran di pusat peningkatan akademik yang membantu pelajar SPM sejak penghujung tahun 2022. 

Walaunpun agak janggal pada awalnya, namun kini Zaki sudah selesai mengikuti kelas tuisyen itu. Dan apa yang membanggakan Zaki ialah apabila dia dilantik sebagai ikon pusat akademik itu.

Ia mendorong Zaki untuk memberikan contoh terbaik kepada semua pelajar, baik dari segi disiplin mahupun keputusan peperiksaan SPM. - KitaReporters


11
15
0
16
0

Copy Link: