Terbaiklah UMP! 60 pelajar dan staf universiti turun padang! Bantu bersihkan rumah mangsa banjir!

Published by
KitaReporters

Pelajar dan staf UMP bersama membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Masjid Iboi, Kupang.


SERAMAI 60 pelajar dan staf dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) turun padang pada Khamis, 14 Julai 2022 untuk membantu mangsa-mangsa banjir Kupang di Baling, Kedah. 

Mereka tiba awal pagi ini dari Pahang dan membantu membersihkan persekitaran rumah-rumah mangsa yang masih berlumpur.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berita kampus UMP


Ini kali kedua pelajar dan staf UMP turun membantu mangsa banjir di kampung-kampung terbabit di Kupang. 

Kali pertama mereka datang tiga hari selepas kejadian banjir melanda hampir 12 kampung di kawasan Kupang, Baling pada 4 Julai 2022.

Selain membersihkan rumah, mereka juga turut menyumbang barangan keperluan seperti bahan makanan utama dan barangan keperluan keluarga.
Beberapa pelajar dan staf terbabit ketika ditemui KitaReporters berkata, jika diperlukan mereka akan datang lagi bagi membantu mangsa-mangsa banjir Kupang.

Hazlina Faizal 


Sementara itu, Pegawai Kanan UMP, Hazlina Faizal, 38, memberitahu mereka berasa amat bertuah kerana dapat turut membantu mangsa-mangsa banjir di Kupang.
Tegas beliau, mereka bersama lakukan kerja-kerja membersih rumah-rumah mangsa bersama pelajar.

Katanya, dalam sehari lebih tiga buah rumah mampu dibersihkan, baik di dalam rumah dan di kawasan persekitaran rumah mangsa yang dicemari sampah sarap dan kayu kayu buruk yang dihanyutkan oleh banjir mengejutkan itu ke kawasan-kawasan rumah mangsa banjir. - KitaReporters


8
9
0
14
0

Copy Link: