Lelaki ngaku bersalah sentuh kemaluan lelaki lain! Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 5 bulan!

Published by
KitaReporters


SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Singapura pada Khamis 9 September 2021 kerana menyentuh kemaluan seorang lelaki lain di dalam tandas di sebuah pusat beli belah di Woodlands, Singapura pada tahun 2020 lalu. 

Muhamad Ali Anafiah Jumadi, 37, seorang rakyat Singapura mengaku bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan seorang lelaki yang berusia 23 tahun.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan cabul

MUHAMAD Ali Anafiah Jumadi mengaku bersalah cabul kehormatan seorang lelaki berusia 23 tahun pada tahun lalu. - Kredit foto: TodayOnline


Mahkamah tersebut diberitahu ketika kejadian itu, mangsa berada di pusat beli belah Causeway Point di Woodlands pada 17 April 2020 sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 dikuatkuasakan di negara itu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Joshua Pang memberitahu mahkamah bahawa pada kira-kira pukul 9.30 malam, mangsa pergi ke tandas tingkat bawah di pusat beli belah itu.

Mangsa sedang berdiri berhampiran dispenser di kertas tandas sebelum tertuduh memasuki tandas berkenaan lalu suspek mendekati mangsa dan menyentuh kemaluan mangsa selama satu saat.

Akibat terkejut dengan perbuatan Muhamad Ali Anafiah itu, mangsa menolak tangannya sebelum mangsa lari dari tempat kejadian untuk  pergi ke pusat kawalan kebakaran di pusat beli-belah itu untuk meminta pertolongan.


Suspek ditahan ekoran aduan mencabul pada April 2020. - Kredit Foto: Berita MediaCorp


Laporan TodayOnline pada 9 September 2021 lalu menyebut, seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada hari itu membantu mangsa memfailkan aduan polis tentang kejadian tersebut.

Muhamad Ali Anafiah dikatakan boleh menarik nafas lega dengan hukuman penjara lima bulan itu kerana jika disabit dengan kesalahan kes tersebut Mahkamah Singapura memperuntukkan hukuman penjara dua tahun, denda dan disebat atau dihukum dengan mana-mana gabungan hukuman berkenaan. - KitaReporters

5
12
0
15
0

Copy Link: