SERAMAI lima keluarga di Kampung Batu 8, Tanjong Pari, Siong di Baling, Kedah merayu pihak pihak berwajib untuk mengetarkan jalan masuk ke kampung mereka panjang yang hanya lebih kurang 200 meter sahaja.

Desakan dibuat oleh wakil 5 keluarga penduduk berkenaan, Othman Abd Razak, 64, dan seorang lagi penduduk, Saidin Ideris, 64.


Othman Abd Razak


Jelas mereka, rayuan untuk mendapatkan jalan tar di kampung itu sudah lama disuarakan berulang kali namun sehingga kini masih belum ditunaikan oleh pihak berkuasa dan pemimpin politik di Baling.

"Kami amat kesal kerana kampung kami ada 5 keluarga seramai hampir 30 orang, namun tidak dipandang oleh pihak berkuasa di Baling sejak begitu lama.
"Rayuan dan desakan sudah dibuat pada pihak-pihak berkenan namun hingga kini jalan masih seperti 30 tahun lalu," tegas Othman.

Saidin Ideris


Sementara itu, Saidin pula berkata mereka sudah puas merayu untuk mendapatkan jalan kampung itu ditarkan namun gagal sehingga kini.
Katanya, mereka sudah bersuara pada semua pihak yang terbabit, namun sehingga kini tiada tanda-tanda jalan kampung itu mendapat perhatian pihak berkuasa daerah serta pemimpin politik di Baling termasuk wakil rakyat iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris dan Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.
"Kemudahan asas jalan bertar di kampung kami diabaikan, kami sudah tiada saluran untuk bersuara lagi kerana suara kami selama ini diketepikan sehingga kami terpaksa bersuara kepada pemberita KitaReporters untuk menarik perhatian semua pihak," jelas beliau.
Saidin berkata, jalan di kampung itu merupakan jalan pertanian untuk penoreh getah dan pencari hasil hutan. - KitaReporters

11
13
0
10
0

Copy Link: