Terbuka Hong Kong 2023: Kemaraan Jin Wei tersangkut pada separuh akhir! Namun pujian harus diberikan!

Published by
KitaReporters

Kredit foto: BAM


Hasrat untuk melihat pemain badminton perseorangan wanita, Goh Jin Wei mara ke pentas akhir tidak kesampaian apabila tewas pada separuh akhir kepada lawan dari China, Zhang Yi Man 14-21, 11-21 dalam kejohanan Terbuka Hong Kong 2023 pada 16 September 2023.

Tewas pada set pertama dan cuba bangkit pada set kedua untuk bawa permainan ke set ketiga namun ia tidak terjadi apabila kesilapan demi kesilapan dilakukan sehingga memberikan kemenangan mudah buat pemain China itu. 

Jika dilihat rekod pertemuan sebelum ini, Jin Wei mempunyai peluang untuk menundukkan Yi Man namun terpaksa akur kehebatan lawan. 

Dalam perlawanan tersebut, wakil negara dilihat begitu penat dan sukar untuk mempamerkan aksi sebenar lalu menyebabkan sering memberi mata mudah untuk lawan beliau. 

Meskipun tidak ke pentas akhir, pujian harus diberikan kepada Jin Wei kerana berjaya mara sehingga separuh akhir dan mengejutkan pilihan keenam juga dari China, Han Yue dalam pertarungan tiga set. 

Moga pemain berusia 23 tahun ini akan terus konsisten dan meningkatkan lagi permainan dalam kejohanan akan datang untuk mencari slot ke Olimpik Paris 2024. 


10
16
0
6
0

Copy Link: