Memecahkan dominasi Jepun, Barat! ZXMoto sasar tawan dunia! Dari bengkel ke pentas antarabangsa!
Published by
Lebih manis, kemenangan itu dihadirkan menerusi pelumba Perancis, Valentin Debise yang menunggang jentera model 820RR milik pasukan tersebut.
Debise bukan sahaja menang satu perlumbaan, malah menyapu bersih dua perlumbaan berturut-turut, sekali gus mengukuhkan reputasi ZXMoto sebagai pencabar baharu yang tidak boleh dipandang ringan.“Ini bukan kemenangan biasa. Kami datang sebagai pencabar, tetapi pulang dengan keyakinan bahawa kami mampu bersaing di tahap tertinggi,” kata Debise selepas perlumbaan.Menurutnya, jentera 820RR memberikan prestasi yang konsisten sepanjang perlumbaan, terutama dari segi kestabilan dan kuasa pecutan.
Kejayaan ini dianggap luar biasa kerana WorldSSP merupakan kejohanan yang menggunakan motosikal produksi sebenar, bukan prototaip khas semata-mata.Ini bermakna setiap kemenangan di litar membawa mesej jelas bahawa teknologi yang digunakan mampu diterjemahkan terus kepada pasaran komersial.Selama ini, pentas perlumbaan seperti ini dikuasai jenama ternama dari Jepun dan Eropah seperti Yamaha Motor Company, Ducati dan Kawasaki Heavy Industries.
Namun, kemunculan ZXMoto dilihat sebagai pencetus perubahan landskap, sekali gus memecahkan dominasi tradisional yang telah bertahan sekian lama.Media China turut mengangkat kejayaan ini sebagai simbol kebangkitan keupayaan teknologi tempatan yang semakin matang dan berdaya saing.“Ini adalah detik penting buat industri pembuatan China. Ia menunjukkan kami bukan lagi sekadar pengikut, tetapi pencabar sebenar pada peringkat global,” menurut laporan media China.
Di sebalik kejayaan itu, kisah pengasasnya, Zhang Xue, menjadi antara faktor yang paling mencuri perhatian.
Daripada pengalaman itu, beliau mula bereksperimen menghasilkan enjin sendiri, walaupun pada peringkat awal sering berdepan kegagalan.
Namun, kegagalan tersebut tidak mematahkan semangatnya, sebaliknya menjadi asas kepada pendekatan “trial and error” yang kini menjadi identiti ZXMoto.
“Falsafah kami mudah -- cuba, gagal, baiki dan ulang. Dari situ lahirnya inovasi sebenar,” ujar beliau.
Perjalanan dari bengkel kecil ke pentas perlumbaan dunia menjadikan Zhang sebagai simbol usahawan teknikal generasi baharu di China.
Dalam kalangan pemerhati industri, kejayaan ini turut mencetuskan perbincangan lebih luas mengenai jurang antara pendidikan teori dan kemahiran praktikal dalam bidang kejuruteraan.
Ada yang melihat kejayaan ZXMoto sebagai bukti bahawa inovasi sebenar sering lahir daripada keberanian mencuba dan memperbaiki secara berterusan.
Di litar perlumbaan, ZXMoto dilihat tampil dengan strategi yang kemas, selain jentera yang stabil serta kompetitif dalam semua aspek termasuk kelajuan dan pengendalian.
Prestasi konsisten Debise juga memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan berganda itu menjadi kenyataan.
“Pasukan ini bekerja tanpa henti. Apa yang anda lihat di litar hanyalah sebahagian kecil daripada usaha di belakang tabir,” tambah Debise.

Bagi peminat sukan permotoran, kemunculan pasukan ini menambah warna baharu dalam saingan yang sebelum ini dilihat agak didominasi oleh nama-nama besar.
Ia sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak pengeluar dari negara membangun untuk mencabar status quo.Kejayaan ini juga berpotensi memberi impak besar kepada pasaran global, terutama dalam menarik minat pengguna terhadap jenama China dalam segmen motosikal berprestasi tinggi.
Jika sebelum ini persepsi pengguna lebih cenderung kepada jenama Barat dan Jepun, kemenangan di pentas dunia mampu mengubah naratif tersebut secara berperingkat-peringkat.
ZXMoto kini dilihat berada di landasan tepat untuk memperkukuh kedudukannya sebagai pemain serius dalam industri dua roda global.
Apa yang pasti, kejayaan ini membuktikan bahawa sukan permotoran bukan sekadar soal kelajuan di litar, tetapi juga medan persaingan teknologi, inovasi dan keupayaan industri sesebuah negara.
Daripada seorang remaja yang meninggalkan sekolah pada usia muda kepada pengasas jenama yang menawan Eropah, kisah Zhang Xue menjadi bukti bahawa jalan kejayaan tidak semestinya bermula di bilik kuliah, tetapi boleh juga lahir dari lantai bengkel yang penuh minyak dan keringat. - KitaReporters

