Video| Tahniah Michelle Yeoh! Lakar sejarah, raih Anugerah Golden Globes! Kebanggaan rakyat Malaysia!

Published by
KitaReporters


Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh mencipta sejarah mengharumkan nama negara muncul sebagai pemenang Pelakon Wanita terbaik Muzikal/Komedi pada acara Golden Globes Awards pada Rabu, 4 Januari 2023.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh penganjur, Golden Globes dalam laman Instagram,  pelakon itu menggodol anugerah tersebut menerusi lakonnya dalam filem Everything Everywhere All At Once.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon antarabangsa Michelle Yeoh



“Satu perjuangan yang besar buat saya ternyata berbaloi. Imbas kembali ketika kali pertama saya menjejak kaki di bumi Hollywood, ia mimpi menjadi kenyataan.

“Ketika itu semua berbahasa Inggeris, dan saya menghabiskan masa selama 32 jam perjalanan untuk berada di sini dengan mempelajari bahasa Inggeris. Terima kasih atas kepercayaan kepada saya,” kata Michelle ketika berucap ketika menerima trofi kemenangannya.



Meninjau dalam ruangan komen, pengguna media sosial dari tanah air turut berasa bangga atas pencapaian pelakon itu serta mengucapkan terima kasih atas kejayaan mengharumkan nama negara.

“Seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dengan kemenangan ini,” kata @mat_qz1978.

“Tahniah, perjuangan selama 40 tahun berbaloi,” tulis @1semacn.

“Selayaknya untuk raih Anugerah di Golden Globes,” ujar @angelagou.  KitaReporters


10
9
0
16
0

Copy Link: