Video| Sudirman nyanyi Balik Kampung! Kini Sakura Band sambung Raya di Kampung! Tapi berjiwa moden!
Published byJika sebut sahaja lagu tema pulang ke desa, pastinya ramai yang akan teringat kepada naskhah ikonik “Balik Kampung” nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.
Namun bagi Syawal tahun 2026 ini, kumpulan pop rock tempatan, Sakura Band, tampil dengan jawapan mereka tersendiri melalui single raya pertama berjudul “Raya Di Kampung”.
Penghasilan lagu ini bukan sekadar menambah koleksi lagu raya sedia ada, malah ia merupakan realisasi impian atau wishlist yang telah dipendam sejak awal penubuhan kumpulan tersebut.
Menurut vokalisnya, Mell atau Melley Matius, mereka ingin merakamkan perasaan keterujaan pulang bertemu keluarga dalam bentuk muzik moden berjiwa tradisional namun tetap mengekalkan identiti bunyi mereka yang sinonim dengan lagu hit terdahulu, Polaroid.

Sakura Band dan vokalisnya Mell.
“Idea lagu ini sebenarnya terinspirasi daripada lagu 'Balik Kampung' nyanyian Sudirman. Kami mahu cipta lagu balik kampung dengan muzik zaman sekarang, tetapi pada masa sama tetap mengekalkan perasaan nostalgia raya itu,” kata Mell.
Gabungan elemen pop rock moden dan suntikan instrumen tradisional Melayu dalam komposisi ini bertujuan untuk membangkitkan mood santai buat pendengar yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.
“Kami masih kekalkan identiti Sakura Band berdasarkan lagu Polaroid, cuma untuk lagu raya ini kami gabungkan juga elemen tradisional Melayu supaya suasana raya itu lebih terasa,” ujar Mell yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah.
Selain meraikan mereka yang berjaya pulang ke desa, “Raya Di Kampung” turut didedikasikan khas kepada golongan perantau yang mungkin tidak berkesempatan menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang.
Mell menjelaskan bahawa proses kreatif lagu ini berlaku secara organik dan spontan, dengan fokus utama untuk memastikan setiap lapisan pendengar dapat merasai kegembiraan musim perayaan tanpa terlalu menekankan aspek teknikal yang rumit.
“Kami tak terlalu tekankan bahagian teknikal. Apa yang lebih penting, kami mahu pendengar rasa santai, 'enjoy' dan benar-benar masuk dalam 'mood' balik kampung. Lagu ini memang dicipta supaya mudah didengar dan dekat dengan hati,” tambahnya.
Single sulung raya ini merupakan hasil ciptaan bersama Nawfas dan Melley Matius, manakala liriknya ditulis sepenuhnya oleh Mell.
Mengulas mengenai makna peribadi lagu ini kepada kumpulan tersebut, Mell menyifatkan “Raya Di Kampung” terbitan Seventeen Eleven Music ini sebagai satu pencapaian penting dalam perjalanan seni Sakura Band yang turut dianggotai Ali Ezzati Musavi Abd Malek (Gitar Pertama), Muhammad Haniff "Anip" Johari (Gitar Kedua) dan
Mohd Haikal "Akai" Mohd Zainin (Bass).
Mell menjelaskan bahawa proses kreatif lagu ini berlaku secara organik dan spontan, dengan fokus utama untuk memastikan setiap lapisan pendengar dapat merasai kegembiraan musim perayaan tanpa terlalu menekankan aspek teknikal yang rumit.
“Kami tak terlalu tekankan bahagian teknikal. Apa yang lebih penting, kami mahu pendengar rasa santai, 'enjoy' dan benar-benar masuk dalam 'mood' balik kampung. Lagu ini memang dicipta supaya mudah didengar dan dekat dengan hati,” tambahnya.
“Bagi kami, lagu ini melambangkan satu pencapaian besar kerana akhirnya kami mempunyai lagu raya sendiri. Ia sangat bermakna dalam perjalanan kerjaya Sakura Band dan kami harap ia dapat diterima semua lapisan pendengar, sekali gus lebih menonjolkan identiti kami kepada umum,” jelasnya. - KitaReporters

