Video| Ramadan berbeza buat Ebby Yus! Tetap berpuasa tapi tak dapat bertarawih! Perlu jalani dialisis!
Published by
Langkah teman lawak, Ajak Shiro memberi dia gaji untuk mengurus dua kedai (outlet) makan Bumbu Babah di Pasar Seni dan Kampong Bharu, Kuala Lumpur membolehkan Ebby mendapat sumber kewangan untuk meneruskan kelangsungan hidup termasuk menanggung kos rawatan perubatan dan sewa rumahnya.
Walaupun keadaan kesihatannya kurang mengizinkan Ebby tetap bersyukur masih mampu berpuasa.
Untuk makanan berbuka dan bersahur, dia terpaksa meminta tolong teman untuk membeli makanan di kedai.Namun Ebby merasakan kekurangan dalam menyambut Ramadan 2026 ini.

Walaupun masih dapat berpuasa, namun dia tidak dapat melakukan solat tarawih. Ini kerana dia perlu menjalani rawatan dialisis sendiri di rumah sebaik habis solat isyak kerana proses dialisis itu berlangsung selama 8 jam, yang perlu melalui mesin yang dibelinya.
Kerana sudah tidak lagi cergas, Ebby juga tidak dapat lagi menziarah adik beradiknya dalam bulan Ramadan seperti kelazimannya.
Ebby menyatakan demikian ketika dikunjungi wartawan MStar bagi kolum Bizibody baru-baru ini.
Menurut Ebby, untuk juadah makanan dia tidak cerewet. Baik untuk berbuka atau bersahur dia hanya perlu nasi dan sedikit lauk serta air.

Menurut pelakon kelahiran Batu Kikir, Negeri Sembilan ini, dia hanya suka makan cakoi yang juga dipanggil kuih kocok, kuih sepong dan jemput garing cicah sardin yang dibuat oleh kakak dan adiknya.
Katanya, dia adik beradik dibesarkan dengan duit jualan kuih kocok buatan ayahnya yang menjadi rebutan penduduk setempat.
Dan ilmu membuat kuih kocok itu diwarisi kakaknya yang tinggal di Melaka. Jadi jika ingin merasanya dia kena pergi ke Melaka.

Mendalami ilmu persilatan gayong membolehkan Ebby terpilih dalam drama-drama bercorak pendekar dalam slot ‘Spektra’ di RTM pada pertengahan 1980-an.
Sebaliknya dia lebih suka menjadi penasihat atau pelatih kumpulan lawak yang ingin bertanding. Ajak Shiro adalah antara insan seni yang dilatih Ebby untuk menjadi pelawak.
Dan Ajak sebagai mengenang budi, dia membantu kelangsungan hidup Ebby dengan menawarkan Ebby mengurus dua cawangan restoran Bumbu Babah di Pasar Seni dan Kampong Bharu, Kuala Lumpur dan mendapat komisyen daripada keuntungan jualan.

Ia menyebabkan Ebby kerugian hampir RM200 ribu hasil simpanan daripada lebih 30 tahun kerjaya seninya, sekali gus menyebabkan Ebby terus menetap di rumah sewanya yang sudah lama dihuninya.

Ebby berharap mereka yang mengenalinya terus mendoakan dirinya kembali sihat dan mampu bergiat semula dalam bidang seni. - KitaReporters

