Aduhai patutlah! Stres betul! Malaysia negara ke-8 paling stres memandu di dunia - Confused.com!

Published by
KitaReporters


TAK sangka rupanya Malaysia berada di tangga ke-8 bagi negara-negara yang tersenarai di dunia sebagai paling stres untuk memandu.

Satu kajian yang dibuat oleh Confused.com mendapati Malaysia tersenarai sebagai negara paling stres untuk memandu.

Tinjauan tersebut dibuat oleh sebuah platform perbandingan perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di UK yang mengkhusus dalam perbandingan perkhidmatan insurans dan kewangan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masalah stres


Hasil tinjauan yang dikongsikan mendapati Malaysia mempunyai 91.5 kereta di atas jalan raya bagi setiap kilometer, purata kamera perangkap laju untuk setiap 995.88km, kualiti jalan raya 72.4/100 dan kadar kemalangan maut sebanyak 22.93 per 100,000 penduduk

Kata editor Confused.com, bagi melengkapkan tinjauaan ini pihaknya telah menggunakan beberapa sumber yang berbeza dari World Health Organisation (WHO) hingga World Economic Forum (WEF).

Ia merangkumi kualiti jalan raya, bilangan kamera kelajuan, kemalangan maut bagi setiap penduduk negara, serta bilangan setiap kilometer jalan raya. - KitaReporters


7
11
0
16
0

Copy Link: