WALAUPUN sudah mencatat kejayaan luar biasa melalui ‘Peluang Kedua’ dengan menerima 2x platinum, penyanyi Nabila Razali, 28, tidak mahu terus leka dengan kerjaya nyanyiannya lalu mengambil keputusan menghasilkan ‘Putus’ sebagai judul single terbaharunya.

Hasil karya pertama ciptaannya sendiri bersama seorang komposer Singapura, Erwin Purnama, ‘Putus’ sebenarnya mengisahkan tentang percintaan yang suci namun berakhir dengan perpisahan.

Tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain dari reda dan pasrah di atas ketentuan takdir. 

Dia harus meneruskan hidup tanpa ada lagi insan yang tersayang di sisi akibat terlalu menyayangi seseorang sehingga terlupa untuk menyayangi dirinya sendiri.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Nabila Razali




Nabila berterima kasih kepada peminatnya yang mengucapkan Selamat Hari Jadi padanya dan menghadiahkan lagu 'Putus' buat mereka tanda kasih sayangnya tanpa putus.

Jadi peminat Nabila jangan risau ya… Lagu ini bukan bermakna Nabila dah nak ‘putus’ segala hubungan dengan industri waima ia adalah periuk nasinya sejak bergelar penyanyi selepas bergelar pemenang kelima pada pentas Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013.

“Alhamdulillah selepas ‘Peluang Kedua’ yang sudah lebih setahun, saya kembali dengan lagu baharu saya hadiahkan buat peminat.

"‘Putus merupakan karya kolaborasi pertama saya sepanjang lapan tahun dalam industri seni,” ujar Nabila sambil melahirkan rasa bersyukurnya dapat bekerjasama dan tunjuk ajar daripada Erwin Purnama.



Berharap agar peminatnya mahupun pendengar muzik Malaysia dapat menerima lagu terbaharunya itu serta terus memberikan sokongan tanpa putus, Nabila turut melancarkan promo video rasmi ‘Putus’ sebagai hadiah istimewanya buat peminat yang tetap setia di sisi ketika jatuh dan bangunnya dalam kerjaya seni.

Malah paling menarik apabila video tersebut dilancarkan pada pukul 9 malam Jumaat, 12 November 2021 dalam YouTube Nabila Razali Entertainment sempena hari jadinya ke- 29, yang jatuh pada Sabtu, 13 November 2021.



“Saya memang pilih tarikh pelancaran sempena hari jadi saya kerana mahu Putus menjadi kenangan manis buat saya. Ia juga hadiah kepada peminat-peminat yang tak henti-henti menyokong saya sama ada saya di atas atau di bawah,” ujarnya. 

Selain itu, lagu 'Putus' juga boleh didengari dalam semua platform streaming bermula 19 November 2021 ini.

"Saya bersyukur dapat berkerjasama dan tunjuk ajar oleh komposer Erwin Purnama. Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima 'Putus' dan terus berikan sokongan,” ujarnya. 



Putus mengisahkan tentang sebuah percintaan yang suci yang berakhir dengan perpisahan. Tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain dari reda dan pasrah di atas ketentuan takdir. 

Dia harus meneruskan hidup tanpa ada lagi insan yang tersayang di sisi akibat terlalu menyayangi seseorang sehingga terlupa untuk menyayangi dirinya sendiri. 

Putus merupakan lagu kedua terbitan Nabila Razali Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. 

Pun begitu kita saksikan dahulu video rasminya  ya? - KitaReporters


15
5
0
16
0

Copy Link: