KEHIDUPAN gaya norma baharu nampak gayanya diteruskan ke tahun 2021 apabila konsert secara maya melalui laman sosial dianjurkan bagi meneruskan kelangsungan menghiburkan para peminat yang ketandusan dan dahagakan hiburan. Membuka tirai 1 Januari 2021, Konsert ‘Ciao ERA 2020 bersama Joe Flizzow’ dibawakan secara langsung pada 1 Januari 2021 ini. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Joe Flizzow:

https://kitareporters.com/search?search=flizzow


Bakal bersiaran menerusi Facebook Live dan YouTube Live ERA, konsert mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2020 yang penuh mencabar itu sebagaimana maksud judulnya akan direalisasikan dengan kerjasama Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia bermula jam 9 malam.

Peminat hiburan akan dibawa menyaksikan kemunculan penyanyi hip hop terkenal dan prolifik, Joe Flizzow beraksi secara maya bersama kumpulan pemuzik (live band) handalan serta berpadu suara bersama barisan penyanyi-penyayi hip hop tempatan lainnya.



Antara mereka yang tersenarai kebanyakannya merupakan penyanyi hip hop angkatan baharu seperti MC Syze, Adeep Nahar, Yonnyboii dan Zynakal namun tidak ketinggalan yang veteran sepert Azlan & The Typewriter.

Setelah hampir 22 tahun berada dalam industri, Joe Flizzow bakal membuat persembahan kepada peminat-peminat muzik hip hop di Malaysia dengan lagu-lagu hit seperti Iller iller, Sampai Jadi dan Satu Kali



Manakala gabungan bersama penyanyi-penyanyi jemputannya akan menyaksikan persembahan lagu-lagu terhebat seperti Apa khabar (SonaOne), Kuasa (Azlan & The Typewriter), Selamba (MC Syze), Sakit (Yonnyboii & Zynakal), dan Apa Benar (Adeep Nahar). 

Dengan kehadiran nama-nama popular dengan karya lagu-lagu hip hop masing-masing itu sudah pasti Konsert ‘Ciao ERA 2020’ menjadi satu pembukaan pentas maya yang tidak mahu dilepaskan peminat dan rapper khususnya dalam kalangan generasi Z di mana gajet menjadi mainan harian mereka yang boleh dikatakan 24 jam berada di sisi.



Malah bagi peminat Yonnyboii & Zynakal yang kecewa dengan kegagalan lagu popular 'Sakit' memasuki pentas final Anugerah Juara Lagu ke-35 pada bulan Februari 2021 depan bolehlah merawat hati kesedihan mereka dengan menyaksikan dan menyokong terus persembahan artis kesayangan mereka itu pada konsert maya ini.

Jadi, apa kata daripada berhibur di luar dan terdedah kepada risiko dijangkiti wabak koronovirus lebih baik duduk sahaja di rumah dan buka telefon bimbit ataupun komputer riba untuk bersama menyaksikan lambaian ‘Ciao’ atau bermaksud ‘selamat tinggal’ daripada radio yang menjadi kegemaran ramai, ERAfm.

Pastikan anda layari laman Facebook Live dan YouTube Live ERA bagi menyaksikan konsert bertenaga  ‘Ciao ERA 2020 bersama Joe Flizzow’ , jam  9 malam pada 1.01.2021 nanti ya.

Lagi sehari je tau. Selamat Tinggal 2020 dan Selamat Tahun Baru 2021! - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: