DARI semasa ke semasa kecoh isu parking bagi mereka yang duduk di flat sehingga membuatkan ramai netizen bersuara kerana perangai mereka yang tanpa rasa bersalah biasa sengaja melanggar peraturan di kediaman mereka. Sikap yang ditunjukkan sebagai tak masuk akal.

Tular baru-baru ini, sebuah video dalam Twitter, seorang penduduk di sebuah flat yang meletakkan tanda atau penghalang pada tempat letak kereta (parking) awam di kawasan rumah mereka sedangkan ia parking untuk semua penduduk.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tempat letak kereta


Menurut, netizen antara penghuni flat, ada yang tidak berhati perut ini meletakkan motosikal mereka pada parking kereta sebagai tanda itu parking mereka.

Manakala dalam sebuah perkongsian video lagi, situasinya serupa juga di mana seorang lelaki dilihat menarik tong sampah di ruang parking kenderaan setelah keretanya keluar.




Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan penduduk flat ini yang tidak patut dilakukan kerana ia tidak adil dan menyusahkan orang lain. Dia sepatutnya berkongsi parking kerana tidak boleh mementingkan diri sendiri

Pesanan untuk semua, janganlah pentingkan diri sendiri kerana semua orang juga nak parking dan wajar diberikan peluang kepada yang lain juga. - KitaReporters



13
11
0
16
1

Copy Link: