RAMAI orang pada pandemik Covid-19 ini kehilangan pekerjaan dan memerlukan sangat bantuan dari segi makanan untuk meneruskan hidup bersama keluarga.

Kita juga tahu banyak bantuan makanan asas diberikan kepada yang memerlukan agar masyarakat kita tidak terlalu terbeban sehingga ada yang terpaksa mencuri atau sanggup membunuh diri kerana malu dengan kesusahan yang dialami sekarang.

Namun lain pula perkongsian seorang pengguna dalam Facebook iaitu Iz Yunus menunjukkan makanan-makanan yang sering kali disertakan dalam bungkusan buat golongan yang memerlukan sekadar dibuang di dalam tong sampah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sumbangan makanan


Apa yang mengejutkan bukan plastik makanan yang dibuang ke dalam tong sampah besar, tetapi makanan asas yang diberi bantuan seperti beras, gula, tepung, biskut dan sebagainya masih baru dan belum dibuka lagi.

Kata Iz Yunus, kalau tak hendak pun barang-barang yang diberikan itu, jangan dibuang. Sebaliknya boleh diberikan pula kepada orang lain seperti penarik beca atau orang susah yang lain,

"Ke sebab kamu berlagak... nak makanan have-have," marahnya.





Ternyata perkongsian gambar ini membuatkan ramai netizen berasa sangat sedih dan marah dengan sikap segelintir masyarakat kita yang telah diberi bantuan makanan ini.

Para netizen mencadangkan kepada penerima bantuan makanan agar tidak membuang makanan tersebut jika mereka tidak mahukannya, tetapi berilah kepada orang lain yang sangat memerlukan makanan ini berbanding membuangnya di dalam longgokan bersama sampah lain.

Diharapkan isu seperti ini tidak berulang lagi dan sepatutnya menghargai mereka yang menghulurkan bantuan buat golongan yang memerlukan dalam memastikan orang ramai dapat terus mempunyai makanan yang secukupnya. - KitaReporters




0
0
1
0
1

Copy Link: