Kredit foto-foto: Che Saad Noordin


DUA lelaki berusia lingkungan 40-an, cedera parah di Baling akibat dihempap oleh pokok tumbang yang menimpa bangsal tempat mereka berdua berteduh daripada hujan lebat pada jam1.40 petang hari ini (22 Mei 2022).

Kejadian berlaku di Kampung Bendang Sera, satu kilometer dari pekan Baling semasa hujan lebat dan angin kencang berlaku.

Sebatang pokok yang tumbang menghempap ke atas bangsal, tempat kedua-dua mangsa berteduh.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pokok tumbang


Difahamkan kedua-dua mangsa baru sahaja keluar dari sebuah restoran ikan bakar berdekatan tempat kejadian untuk berteduh daripada hujan lebat yang tiba-tiba berlaku.

Hampir 10 orang pelanggan restoran berdekatan keluar memberikan bantuan dalam hujan lebat untuk mengangkat kedua-dua mangsa ke dalam restoran berkenaan sebelum ketibaan pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Baling dengan 10 orang anggota.

Kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital daerah Baling dengan ambulan bomba daerah Baling.

Sehingga berita ini ditulis kedua-dua mangsa dimaklumkan masih dalam keadaan koma.



Kredit foto-foto: Che Saad Noordin


Pegawai Bomba daerah Baling, Jamil Md Daud memberitahu, anggotanya tiba di tempat kejadian dalam masa 15 minit sebaik sahaja menerima panggilan.

Sementara itu, beberapa saksi kejadian memberitahu, kedua-dua mangsa keluar dari restoran berkenaan salepas selesai makan dan menuju ke bangsal berdekatan untuk berteduh daripada hujan yang tiba-tiba turun mencurah-curah. - KitaReporters



Kredit foto-foto: Che Saad Noordin

7
12
0
15
0

Copy Link: