Sebahagian daripada sukarelawan pertubuhan Buddhist Tzu Chi Merits Society Malaysia. - Kredit foto-foto: Che Saad Noordin.



SERAMAI 100 sukarelawan pertubuhan Buddhist Tzu Chi Merits Society Malaysia turut membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di Kupang, Baling pada 7 Julai 2022.

Sukarelawan berkenaan datang dari berbagai-bagai daerah dan negeri antaranya dari Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Mereka turut membawa bersama tiga buah jentera jenama Backhoe untuk menolak lumpur dan tiga buah lori bagi mengangkut sampah sarap yang dihanyutkan oleh arus banjir yang melanda 12 kampung sepanjang Sungai Celak, Sungai Iboi dan Sungai Kupang pada 4 Julai 2022 lalu.

Mereka juga membawa peralatan untuk membersihkan rumah-rumah mangsa banjir yang dipenuhi lumpur.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti sukarelawan


Sukarelawan Tzu Chi membersihkan lumpur di sebuah rumah yang terjejas akibat banjir di Kupang, Baling. - Kredit foto-foto: Che Saad Noordin


Sukarelawan ditemui yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berusia 56 tahun dari Pulau Pinang berkata,

mereka rasa amat terharu ketika sampai untuk membantu mangsa terlibat apabila melihat keadaan yang sungguh menyedihkan.
Jelasnya, sebelum mereka masuk ke dalam rumah untuk memulakan kerja-kerja pembersihan, mereka terlebih dahulu mengucapkan rasa dukacita kepada tuan rumah akibat bencana yang berlaku.
Jelas Tan lagi, pihak tuan rumah mahu menyediakan minuman panas untuk semua sukarelawan yang datang, namun mereka menolak dengan penuh hormat.


Chee Siew Sean


Sementara itu, Chee Siew Sean, 48, selaku jurucakap sukarelawan berkenaan berkata pertubuhan Tzu Chi akan membantu rakyat Malaysia semua kaum jika ada yang ditimpa masalah seperti yang dialami penduduk di Kupang ini.

Katanya, semua sukarelawan yang hadir pada 7 Julai 2022 ini membantu dengan tidak membezakan kaum atau agama, sebaliknya bersedia bila-bila masa menghulurkan bantuan dan tenaga jika diperlukan.
 Jelasnya lagi, sebelum ini, pertubuhan Tzu Chi juga turut membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor, Pahang dan Kelantan ketika banjir besar sejak tahun 2014.
Beliau menambah, mereka amat gembira kerana pihak tuan rumah terlalu mesra dengan semua sukarelawan sehingga sanggup mengait buah rambutan untuk jadi hidangan semua sukarelawan yang datang membantu.
Sementara itu, seorang tuan rumah mangsa banjir di Kampung Bendang Empang, Kalsom, 58, terharu dengan kesudian sukarelawan berkenaan datang membantu membersihkan dalam dan di luar rumahnya yang dipenuhi lumpur. - KitaReporters


Sukarelawan Tzu Chi bergambar beramai-ramai selepas  selesai kerja-kerja pembersihan rumah penduduk di Kupang, Baling pada 7 Julai 2022. - Kredit foto-foto: Che Saad Noordin

11
13
0
10
0

Copy Link: