Wanita menangis, rayu supaya tak ditangkap khalwat! Dengan bekas kekasih! Suami ada di Malaysia!

Published by
KitaReporters

PETUGAS Polis Syariah Wilayah yang membuat operasi untuk mencegah maksiat di hotel pada 20 Ogos 2021. - Kredit foto: Antaranews.com


SEORANG wanita muda di Aceh yang mempunyai suami sedang mencari nafkah di Malaysia menangis serta merayu-rayu ketika petugas Wilayatul Hisbah (WH) atau Polis Syariah Wilayah menangkap dirinya bersama bekas kekasihnya disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Peunayong, Aceh pada 20 Ogos 2021 lalu.

Wanita tersebut yang berusia 27 tahun merayu mengharap simpati  petugas berkenaan supaya dia tidak ditangkap khalwat dengan bekas kekasihnya berumur 24 tahun kerana bimbang diketahui oleh keluarga serta suaminya yang kini sedang berada di negara ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan khalwat

WANITA muda yang masih bersuami ditahan dengan bekas kekasihnya kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Peunayong, Aceh pada 20 Ogos 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com


Dipetik daripada laporan Tribunnews.com pada 22 Ogos 2021 lalu, serbuan dibuat di hotel bertaraf tiga bintang ketika pasangan terbabit sedang berduaan di dalam sebuah bilik.

Wanita muda itu berasal dari Kacamatan Delima, Pidie, Aceh mengaku dia masih mempunyai suaminya tetapi kini sedang berkerja di Malaysia dan sering mengirim wang perbelanjaan untuk dirinya setiap bulan.

Namun disebabkan pandemik Covid-19 berpanjangan mengakibatkan suaminya tidak dapat pulang ke Indonesia sejak 18 bulan lalu.


Kredit Foto : Tribunnews.com


Lantaran suaminya tidak dapat pulang ke negaranya menyebabkan wanita tersebut hidup dalam kesunyian maka dia menyambung semula hubungan dengan bekas kekasihnya itu sejak beberapa bulan lalu.

Wanita itu mendakwa dia bersama bekas kekasihnya bermalam di hotel itu untuk meraikan sambutan hari jadi bekas teman lelakinya itu pada malam tersebut.

Bagaimanapun, mereka tidak sempat meraikan sambutan hari jadi itu bersama kekasih dan rakannya kerana pasangan terbabit telah ditangkap khalwat kira-kira satu jam sebelum program yang dirancangkan itu berlangsung. 

Turut ditahan dalam operasi tersebut, sepasang kekasih lain iaitu lelaki berumur 21 tahun dan perempuan 23 tahun kerana juga disyaki berkhalwat di hotel yang sama itu. 


SEPASANG kekasih lain yang turut ditahan dalam operasi di hotel berkenaan. - Kredit foto: Tribunnews.com


Ketua Kasatpol PP dan WH Bandar Aceh, Ardiansyah berkata, pasangan yang ditangkap khalwat itu akan menjalami hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Menurutnya, operasi tersebut sentiasa diadakan bagi memastikan mereka dengan tidak sewenangnya melakukan perbuatan maksiat dalam usaha pemerintah meningkatkan syariah Islam di Wilayah Aceh.

``Mereka akan dihukum dengan hukuman kanun (peraturan daerah) jenayah dan kami tidak akan main-main dalam penegakan syariat Islam.

``Untuk tujuan itu, kita akan adakan setiap masa operasi ini tertumpu di kawasan hotel dan kafe yang sering dikunjungi golongan remaja,’’ katanya. 


 

Kredit Foto : Tribunnews.com 


Sebelum itu, pemerintah di wilayah Aceh itu pada 28 Jun 2021 lalu telah menjatuhkan hukuman 100 sebatan di khalayak ramai di Lapangan Tunas Bangsa, Kota Lhokseuemawe, Aceh terhadap sepasang kekasih yang melakukan perbuatan zina.

Turut dikenakan 40 sebatan kepada dua lelaki yang didapati bersalah minum arak. - KitaReporters


Kredit Foto : Tribunnews.com 

0
3
1
1
5

Copy Link: