AMRAN berkata, lelaki berkenaan datang ke pos kawalan memaklumkan ingin bertemu keluarga namun tidak dibenarkan berbuat di kawasan PKPD. - Kredit foto: Utusan Malaysia


TINDAKAN seorang lelaki yang cuba memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Simpang Juasseh, Kuala Pilah untuk bertemu keluarganya akhirnya membawa padah apabila ditahan oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, lelaki berusia 40 tahun itu datang ke pos kawalan PKPD kira-kira jam 9.50 malam Sabtu, 5 Jun 2021 lalu dalam keadaan tidak terurus.

"Dia datang memaklumkan ingin bertemu isteri dan anak-anaknya namun tidak dibenarkan berbuat demikian di dalam kawasan PKPD.

"Tambahan pula, keluarganya adalah pemakai gelang kuarantin, bagaimanapun dia tetap ingkar selain mengeluarkan kata-kata kesat serta mengganggu tugas anggota penguat kuasa yang bertugas," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Isnin, 7 Jun 2021.

Amran berkata, lelaki berkenaan yang datang dari Tanjung Ipoh itu kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 186 dan 269 Kanun Keseksaan.

"Dia direman selama dua hari bermula Ahad, 6 Jun 2021 dan dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada Selasa, 8 Jun 2021," jelasnya.

Dalam pada itu, Amran berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sesekali cuba memasuki kawasan PKPD dan membuat provokasi terhadap pihak berkuasa. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

KETUA Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani menasihati orang ramai supaya tidak sesekali cuba masuk ke kawasan PKPD dan ganggu tupas polis.  Kredit Foto Sinar Harian

4
2
0
1
0

Copy Link: