Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, tidak begitu?? Mujurlah Maha Penguasa Alam itu menitipkan kita setiap hambanya terlahir rasa simpati, atas nama kemanusiaan juga jika kepala terhantuk pintu dan di'kokak' semut pun kita akan mudah untuk bersimpati. Memang orang Malaysia begitukan?? : KitaReporters

Gambar hiasan. - Kredit foto: @Air Times


Tahniah!! Kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempamerkan sikap toleransi dan bantu membantu terhadap golongan yang memerlukan.

Ya! Mungkin bantuan itu kecil pada kita atau sesiapa yang memerhatikan, namun cukup besar dan bermanfaat pada yang memerlukan.

Melalui satu posting yang dimuat naik oleh FB rasmi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pahang menunjukkan anggotanya dalam tempoh bertugas semasa #OpCovid19 membantu seorang awam yang mengutip taburan buah limau yang terjatuh di jalanan dalam keadaan bergelap.


Diceritakan sewaktu kejadian tersebut, anggota-anggota yang ditugaskan melakukan pemantauan keadaan persekitaran telah terserempak dengan sebuah motosikal yang bergegas dan berpatah balik ke lokasi yang tidak diketahui.

Setelah disoal siasat rupa-rupanya individu itu tergesa-gesa untuk mendapatkan taburan buah limau yang dibawanya terjatuh menuju ke destinasi untuk diniagakan.

Alangkah sayunya di hati setiap yang memerhatikan, taburan buah limau yang bertaburan itu  tidaklah kesemuanya sempurna dan seperti asal, ada yang sudah dilenyek oleh kenderaan lalu lalang dan sebagainya.

Tetapi apakan daya demi mencari sesuap nasi dan tidak dari menggantikan buah yang rosak dilenyek dan hilang dalam gelap gelita cahaya, insan tersebut meneruskan pencariannya menggutip buah-buah limau yang bertaburan di atas jalan itu.

Kelihatan anggota PDRM yang bertugas menbantu mengutip limau dalam keadaan gelap pagi


"Bukan hanya simpati, namun "empati" terhadap beliau, pasukan yang berada di lokasi dengan spontan membantu mengutip limau nipis tersebut.

"Beliau risau jika gajinya dipotong akibat kerugian limau nipis yang berteraburan.

"Limau nipis tersebut bernilai RM3 ringgit untuk sekilogram dan 20 kilogram semuanya yang ada dalam guni tersebut", tulis posting berkenaan.

Kisah khidmat masyarakat ini pastinya akan memberikan kita kesedaran dan berasa tersentak bahawa di dalam dunia ini masih terdapat manusia yang 'struggle' dengan usahanya, biarpun risiko mengembalikannya seperti semula adalah tipis.

Posting yang dimuat naik JSJ Kontinjen Pahang


Kita juga sering dimomokkan dengan sikap sombong dan angkuh anggota polis di lapangan.

Percayalah mereka tidak begitu,  sejauh mana perasaan simpati itu ada dalam hati kita dan bermula itulah kita akan mendahului sifat toleransi dan bantu-membantu kita. 

Sementara itu, heboh dalam laman sosial apabila netizen memuji tindakan anggota yang bertugas itu menolong insan dalam kesusahan dalam keadaan bergelap.

Kalungan ucapan tahniah dan kata puji-pujian serta ungkapan doa yang baik menghujani sikap anggota polis yang bertugas di lapangan tersebut, sekali gus mewujudkan tanda pagar #SaluteAbamPolis simbol berbangga netizen maya dengan perbuatan mulia itu.


"Banyak tempat dah aku kerja, merantau dan bercuti, aku rasa kalau dari sifat 'kemanusiaan' PDRM sangat terbaik setakat ini.

"Terbaik PDRM, walaupun 20kg nilainya tak seberapa bagi sesetengah orang tapi amat besar nilainya bagi orang yang dalam kesempitan.

"Alhamdulillah semoga Allah SWT permudahkan segala urusan hambamu, Aamiin Aamiin alhamdulillah", jelas salah seorang pengunjung maya dalam ruangan komen itu.

Manis bukan kalau hidup bantu-membantu dan tolong mebolong??

Hidup tenang dengan doa-doa orang dalam alam maya tanpa cemuhan dan keji.

Ambilnya sebagai tauladan serta ikhtibar untuk kita semua, seperti kata Ustaz Ebit Lew "kita baik, semua sayang". - KitaReporters

10
1
2
1
0

Copy Link: