Video| Kelebihan tersendiri! Wanita miliki kebolehan tulis secara terbalik! Pelik, cantik, kemas!

Published by
KitaReporters


SETIAP insan dilahirkan atas muka bumi ini pastinya mempunyai kelebihan tersendiri dan jika dicungkil anugerah itu tidak mustahil boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan.

Kini tular dalam media sosial video yang memaparkan seorang wanita berstatus isteri berkebolehan menulis secara terbalik yang menitipkan nota buat suami tercinta.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tulisan



Video dikongsikan pengguna TikTok @remysalakmatang ternyata mendapat perhatian warganet kerana tidak semua memiliki  kelebihan seumpama itu selain menyifatkan cara wanita berkenaan menulis nota sesuatu yang romantik.

Menerusi video pertama dikongsikan, wanita tersebut meminta keizinan suami untuk keluar rumah bersama anak-anak bagi membeli kasut sekolah manakala video kedua kebenaran mengambil wang RM50.

Menariknya semua ayat-ayat tersebut ditulis secara terbalik namun hasil sangat 'wow'

 “Abang, Ayang keluar dengan anak-anak beli kasut sekolah. Sarapan mee goreng dan air panas Ayang dah sediakan,” tulis wanita berkenaan ada video pertama.

“Abang, Ayang ambil RM50 hengget nak isi minyak kete.TQ. Ayang g keje dulu,Bye,” nota yang dituliskan wanita pada video kedua.


 


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan keistimewaan dimiliki wanita itu selain teruja dan terkejut kerana pertama kali melihat ada individu menulis secara terbalik.

 “Wowww, ni pertama kali tengok tulis terbalik. Kemas dan cantik tulisan, Alhamdulillah,” tulis Rohayusoff72.

“Tak pernah tengok orang tulis terbalik. Cantik, kemas Allahuakhbar,” kata Saadiah Osman.

 “Tulis memang terbalik ke, cantik tulisannya. ‘First time’ tengok ini dah empat siris baru tengok,” ujar Nas Sengal.


 


Selain itu, ada dalam kalangan warganet juga membandingkannya dengan tulisan masing-masing dan individu mampu menulis secara terbalik diibaratkan satu dalam seribu, malah mungkin satu antara sejuta kerana cukup istimewa. - KitaReporters


16
13
0
9
0

Copy Link: