PERNAHKAH anda terfikir kaum Adam menyarungkan pakaian tidur wanita atau lebih dikenali sebagai baju kelawar atau kaftan? Baju kelawar cukup sinonim dengan ibu-ibu atau wanita yang menyarungkannya ketika di rumah kerana dikatakan sangat selesa. Ia tidak hanya dipakai pada waktu malam, tetapi siang juga. : KitaReporters



Ketika kita semua duduk di rumah sahaja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tular dalam media sosial foto kaum Adam dilihat memakai baju kelawar kerana keselesaanya.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna @thefunsizeguy berkongsikan pengalamannya menyarungkan baju kelawar yang dikatakan sangat selesa untuk pertama kali ketika tempoh PKP ini.

“Baru aku tahu tahap keselesaan baju kelawar ini bagaimana. Habis kuarantin aku nak beli 7. Untuk dipakai seminggu,” tulisnya menerusi satu kicauan.


Rata-rata netizen di media sosial terut bersetuju dengan pendapat beliau dan mengakui keselesaan memakai baju kelawar.

Jangan kutuk bini


Selesa masuk angin





Walaupun ianya cukup sinonim dengan kaum wanita, kini mereka bersetuju jika para dan isteri dan ibu selalu mengenakannya ketika berada di rumah.

Ternyata para wanita bersetuju dengan pendapat kaum lelaki dan tidak memandang negatif kepada kaum lelaki yang mengenakan baju kelawar kerana baju ini tidaklah mengikut jantina seseorang.

Malah, ada yang turut berkongsi foto memakai baju kelawar milik ibu atau kakak sebagai tanda setuju.




Jika anda selesa memakai baju kelawar, pakailah asal anda duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ini. - KitaReporters

0
5
0
0
0

Copy Link: