Polis jalankan Op Pematuhan Aidilfitri bagi memantau tahap pematuhan masyarakat terhadap SOP ketika perayaan Aidilfitri. - Kredit foto: Media sosial


Seramai 43 individu dikompaun RM4,000 seorang kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul di kawasan Jambatan Angkat (Drawbridge), Kuala Terengganu. 

Kompaun berkenaan dikeluarkan oleh pihak polis sewaktu Op Pematuhan Aildilfitri bermula kira-kira 5.30 petang hingga 7 malam pada 14 Mei 2021. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata,  pihaknya melakukan rondaan bagi memantau tahap pematuhan SOP masyarakat ketika perayaan Aidilfitri.

"Sewaktu rondaan dilakukan, didapati ramai individu berkumpul dan beriadah tanpa mengamalkan penjarakan fizikal di kawasan berkenaan.

"Kompaun dikenakan terhadap mereka mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah -Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," katanya dipetik oleh Harian Metro, 15 Mei 2021. 

Tambah beliau, orang ramai diharapkan tidak pandang remeh isu tersebut dan polis bukannya sengaja mahu mengeluarkan kompaun sebaliknya tindakan perlu diambil untuk mengelak penularan Covid-19. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0

Copy Link: