Gambar hiasan... Akad nikah di masjid dan surau dibenarkan.


PENGANJURAN aktiviti keagamaan di masjid dan surau seluruh Terengganu akan dibenarkan susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) yang akan berkuat kuasa pada Jumaat 5 Mac 2021

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media di Kuala Lumpur pada Selasa 2 Mac 2021  mengumumkan enam negeri yang sebelum ini berada dalam pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status kepada PKPP mulai Jumaat ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PKPP:

https://kitareporters.com/search?search=pergerakan+pemulihan


Gambar hiasan... Kuliah agama turut dibenarkan dengan mengikut SOP.


Kebenaran memperluaskan aktiviti keagamaan dan pembukaan pusat pengajian itu setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta pandangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu selaras dengan status Terengganu bertukar kepada PKPP.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, kebenaran tersebut berikutan pengurangan kes positif COVID-19 semasa di negeri ini telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.


Datuk Osman Muda


Kenyataan Media


Katanya, baginda Sultan bertitah supaya jawatankuasa masjid dan surau serta pengurusan madrasah, surau dan pusat tahfiz terlibat agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) normal baharu ditetapkan.



"Selain itu, majlis akad nikah juga dibenarkan di masjid dan surau dengan kapasiti tidak melebihi 20 orang,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa 2 Mac 2021.

Osman berkata, semua madrasah, pondok dan pusat tahfiz yang berada di bawah kawalan Jabatan Hal Agama Islam Terengganu (JHEAT) juga dibenarkan beroperasi bermula 8 Mac ini.



Bagaimanapun, katanya, mana-mana masjid, surau dan institusi keagamaan lain yang diarahkan tutup mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak dibenar menjalankan sebarang aktiviti sepanjang tempoh penutupan tersebut.



Sementara itu, status terkini situasi pandemik COVID-19 yang direkodkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT ) pada 2 Mac 2021,merekodkan pertambahan 33 kes sembuh dan tujuh kes baru COVID-19 menjadikan terdapat 177 kes COVID-19 aktif di Negeri Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 3,218 kes. - KitaReporters

5
2
0
1
0

Copy Link: