Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah tiket yang akan dijual untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil hanya sekitar 59,000 sahaja. 

Ini berikutan struktur pentas konsert Jay Chou sedang dalam proses pemasangan sekali gus mengakibatkan 21,000 tempat duduk perlu dikosongkan dek perkara itu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF



Menurut Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, mereka dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) cuba mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini namun ia tiada kesudahan menyebabkan satu keputusan perlu diambil dengan mengosongkan kawasan tersebut. 

Jika diambil kira apa yang terjadi ini, ia merupakan satu kerugian amat besar kerana skuad kebangsaan amat memerlukan sokongan dari peminat apatah lagi berjumpa dengan pasukan terkuat iaitu Thailand. Kekurangan penyokong sedikit sebanyak mampu memberi kesan pada pemain dan kelebihan buat pelawat. 

Pada masa yang sama, FAM bersetuju mengekalkan harga tiket seperti peringkat kumpulan selepas melihat sambutan padu dari peminat ke stadium. Ini sudah satu berita gembira kepada orang ramai kerana tiada kenaikan pada kali ini. 

Malaysia perlu mencari bekalan selesa untuk dibawa ke Thailand nanti meskipun peraturan jaringan tempat lawan sudah tiada namun kelebihan gol amat penting kepada pasukan kerana bermain di gelanggang lawan bukan tugas mudah. - KitaReporters


 

14
14
0
15
0

Copy Link: