Video| Piala Dunia 2022: England menang mudah ke suku akhir! Tundukkan Senegal 3-0! Temu Perancis!

Published by
KitaReporters


SKUAD bimbingan Gareth Southgate menang mudah ke atas Senegal dalam aksi 16 pasukan terakhir Piala Dunia 2022 dalam perlawanan yang berlangsung di Al Bayt Stadium pada 5 Disember 2022.

Kemenangan 3-0 ke atas lawan mereka itu membolehkan England bertemu juara bertahan, Perancis pada peringkat suku akhir nanti. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia



Senegal yang turun selaku pasukan 'underdog' ingin melakukan kejutan ke atas wakil Eropah hampir berjaya apabila terdapat beberapa peluang terbaik namun mereka gagal mengambil kesempatan tersebut.  

Kegagalan mereka menjaringkan gol daripada peluang yang hadir amat merugikan pasukan. 

England yang menguasai permainan dan ada peluang berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-38 menerusi Jordan Henderson

Sebelum tamat separuh masa pertama, Harry Kane mengukuhkan kedudukan England untuk mendahului 2-0.



England terus menguasai permainan dan mencipta banyak peluang. Bukayo Saka mengambil kesempatan dengan deretan peluang yang ada untuk meledak gol ketiga pada minit ke-57.

Three Lions selesa mendahului permainan mengendurkan sedikit permainan dan melakukan banyak pertukaran bagi merehatkan pemain utama. 

Senegal cuma menukar gaya permainan tetapi ia tetap sama apabila mereka sukar untuk menebusi pemain England. 

Wakil Afrika itu cuba mencari gol sekurang-kurangnya sebiji namun pertahanan England terus bertahan dengan baik. 

England dan Perancis akan turun pada 11 Disember 2022 ini untuk menentukan siapa lebih jaguh bagi merebut slot ke separuh final. - KitaReporters


7
14
0
17
0

Copy Link: