Bagi memberi persembahan terbaik ada peserta sanggup  mengeluarkan perbelanjaan besar dilakukan sebahagian penyanyi yang muncul dalam final Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37).

Antaranya ialah Shiha Zikir (Nurshiha Mohd Zikir), 37, yang berhabis lebih RM100,000 bagi menjayakan sebuah persembahan yang unik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Shiha Zikir


Dengan menampilkan elemen limpahan 8 lampu laser, warna-warna neon serta 'glow in the dark' disulami dengan tarian penuh lincah, Shiha berasa puas apabila sudah memberikan  persembahan yang terbaik.  

Persembahan hebat yang dibantu syarikatnya, Shiha Zikir Empire, Todak Music dan Alternate Record dan elemen yang paling mahal adalah pengunaan lampu laser.  



Shiha yang lahir pada 2 November 1987, enggan mengulas pandangan sesetengah pihak yang mempertikai kemenangannya dan lebih memilih Naim Daniel yang memberi persembahan menyanyi dalam keadaan tergantung dan terbalik sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik.

Menurut Shiha, dia sendiri kagum dengan persembahan Naim Daniel, tetapi bersyukur rezeki berpihak kepadanya.

Seminggu sebelum pertandingan Shiha mengalami batuk yang teruk sehingga ada terfikir untuk mencari penyanyi penganti.

Namun dia tetap mahu muncul pada malam final dan mendapatkan khidmat doktor untuk memberi dia ubat yang kuat bagi membolehkan dia menyanyi lagu ‘Irama’  yang bertempo rancak.



Dalam peringkat separuh akhir AJL37 lalu, Shiha juga berbelanja ribuan ringgit untuk persembahannya.

Bagi Shiha AJL adalah pertandingan berprestij dan peserta jangan loket untuk berbelanja lebih untuk memberi persembahan menarik dan memukaukan. 

Baginya kemunculan memukau dalam AJL memberi publisiti percuma untuk kerjaya seninya. 

Dan dalam final AJL37, persembahannya sedikit cacat, Shihar hampir batuk pada rangkap kedua apabila tekaknya kering kerana menghidu asap buatan.

Shiha mengucap terima kasih kepada juri dan penonton yang membuat undian yang memilihnya sebagai pemenang. 



Ketua Juri, Datuk Mokhzani Ismail menyatakan Shiha diumum pemenang kategori Persembahan Terbaik kerana persembahannya memenuhi ciri-ciri bagi persembahan terbaik.

Sementara persembahan tergantung Naim Daniel walaupun dianggap luar biasa, namun menjejaskan kemampuan vokal kerana sukar menyanyi dengan baik dengan cara sedemikian.

Shiha dianggap sebagai penyanyi yang popular secara perlahan bermula pertengahan 20-an dan sehingga kini menangguhkan perkahwinannya demi meningkatkan kerjaya seninya. - KitaReporters


16
15
0
12
0

Copy Link: