g/
Antara peserta yang menyertai GV8 minggu 6. - Kredit foto: IG gv8

GEGAR Vaganza 8 (GV8) minggu 6 memerlukan peserta menyanyi secara duet. Namun masalahnya beberapa peserta tidak faham cara menyanyi secara duet dengan baik menyebabkan markah mereka dipotong. 

Itu pendapat Ketua Juri, Datuk Ramli MS kepada media selepas pertandingan pada Ahad, 26 Disember 2021. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertandingan menyanyi


Pujian para juri diberikan kepada Suki Low yang mampu menyampai dengan baik lagu ‘Tiga Malam Tanpa Bintang’. Menurut juri, Datuk Shafinaz Selamat, pasangan duet Khai Bahar membantu Suki meningkatkan persembahannya.

Seorang lagi juri, Hetty Koes Endang turut memuji vokal Suki dan memberi tepukan berdiri.


Suki melihatkan kematangan menyanyi secara duet dengan Khai Bahar


Aliff Aziz yang ketinggalan agak jauh minggu sebelumnya kembali menonjol dan berjaya menduduki tempat setelah menyampai dengan baik lagu ‘Belenggu Rindu’ berduet dengan Iman Troye.

Adibah Noor kembali menduduki tempat ke-3, berduet dengan Ali Sariah Masdo menyampaikan lagu ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’ secara bersahaja tapi menghiburkan. Minggu lepas Adibah menduduki tempat ke-6.

Aweera masih mampu mengekallkan prestasinya dengan menduduki tempat ke-4, berduet dengan Azmi Saat (Caliph Buskers) menyampaikan lagu ‘Setahun Sudah Berlalu’.

Penurunan persembahan dialami Nikki Palikat. Nikki yang berduet dengan Syameel menyampaikan lagu ‘Gurindam Jiwa’ . Nikki kali ini hanya menduduki tempat ke-6. Nikki kalah kepada Shidee yang mampu menduduki tempat ke-5.


/

Persembahan Nikki bergandingan dengan Syamel kurang bermaya.

Beberapa peserta lain tidak memahami cara nyanyian duet dengan baik, menyebabkan banyak markah dipotong.

Ia menyebabkan Ani Mahyuni, Azan Scan, kumpulan Sa.Ya (Apek Saiful & Yassin Senario), Bandi Amuk dan Upiak Isil berada dalam senarai di bawah.

Bandi Amuk terselamat daripada penyingkiran setelah menerima lebih 0.1 markah berbanding Upiak Isil yang terpaksa mengucap selamat tinggal. - KitaReporters


Upiak terpaksa disingkir kerana memiliki markah terendah

Berikut ialah senarai kedudukan peserta GV8 minggu 6:

01   Suki Low           83.7

02   Aliff Aziz            76.2

03   Adibah Noor    71.9                                 

04   Aweera             68.9

05   Shidee               64

06   Nikki Palikat     62.5

07   Ani Maiyuni      61.8

08   Azan Scan         61.2

09   Kump. Sa.Ya     60.9

10   Bandi Amuk     56.4

11   Upiak Isil           56.3

* Yang terkeluar: Upiak


11
13
0
12
0

Copy Link: