Berita Terkini| Jururawat putih mata rugi RM10,422! Pembelian barang kemas melalui Instagram!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Jururawat kerugian RM10,422 selepas terpedaya untuk membeli barang yang dijual menerusi media sosial. - Kredit foto: Facebook Kedai Emas Sri Bentara


SEORANG jururawat  kerugian RM10,422 selepas diperdaya dalam urusan pembelian barang kemas menerusi Instagram, pada Khamis, 20 Mei 2021.

Kejadian bermula apabila seorang jururawat berusia 33 tahun itu dikatakan berminat membeli gelang emas yang dijual melalui laman sosial.

Wanita itu seterusnya menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan dalam laman sosial berkenaan dan bercakap dengan seorang wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek meminta mangsa membayar RM422 bagi tujuan pembelian .

Beliau menambah, suspek kemudian meminta mangsa membayar pelbagai jenis caj melibatkan amaun RM10,000 sebelum boleh menerima gelang emas itu.

“Mangsa diarahkan membuat tiga transaksi pembayaran pelbagai jenis caj ke dalam akaun bank yang sama.

“Bagaimanapun, mangsa masih tidak menerima gelang emas yang telah dibeli itu dan berasa tertipu,” katanya dalam kenyataan di Kuantan, pada Sabtu, 22 Mei 2021.

Mohd. Wazir berkata, mangsa membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada Jumaat, 21 Mei 2021 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek meminta mangsa membuat pembayaran bagi tujuan pembelian.

3
0
0
1
0

Copy Link: