Berita Terkini| Tambang percuma untuk feri laju Pulau Pinang! Mulai 1 Julai hingga 31 Dis 2021!

Published by
KitaReporters

Perkhidmatan feri laju secara percuma di Pulau Pinang buat penumpang pejalan kaki  bermula 1 Julai 2021 ini.  - Kredit foto: Bernama


Warganegara Malaysia boleh menggunakan perkhidmatan feri laju Pulau Pinang secara percuma bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2021 depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata ia antara usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam sekali gus bantu ringankan beban rakyat.

“Kerajaan negeri memutuskan untuk membiayai tambang perkhidmatan feri laju bagi semua penumpang pejalan kaki warganegara Malaysia termasuk warga emas, orang dewasa, kanak-kanak dan golongan OKU.

“Penumpang hanya perlu bawa MyKad dan sentuhkannya di peranti pengimbas disediakan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) sebelum menaiki feri.

“Pembiayaan tambang feri laju kepada penumpang pejalan kaki ini melibatkan peruntukan RM78,000 sebulan dengan jumlah tiket sebanyak 65,000 keping,” katanya yang dipetik laporan Utusan Malaysia, 22 Jun 2021.

Pada 1 Januari 2021, bot penumpang laju digunakan bagi menggantikan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang yang sudah beroperasi sejak 126 tahun bagi menghubungkan antara kawasan pulau dan Perai.

Bermula tarikh sama, feri sedia ada ketika ini hanya digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
0
0
0

Copy Link: