Video| Farahdhiya bakal 38! Nafi dia lesbian! Nak berkahwin tapi bukan suami orang! Duda tak apa!

Published by
KitaReporters
Sembilan puluh peratus lelaki yang mendekati Farahdhiya adalah suami orang.

BAGI kaum wanita jika berusia lebih 30 tahun masih belum berkahwin menyebabkan timbul tanggapan kurang sedap dalam kalangan masyarakat, sehingga ada yang memberi tanggapan kurang baik seperti menuduh wanita itu mengamal kehidupan sebagai lesbian

Bagi penyanyi, pelakon dan pengacara, Farahdhiya yang memasuki usia 38 pada 28 April 2022 ini, dia menafikan dirinya seorang lesbian dan tetap mempunyai selera terhadap lelaki.

Namun dia reda dalam usia sedemikian dia masih tidak mempunyai calon suami.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan artis sensasi Farahdhiya



Apa yang membimbangkannya ialah pada usia yang semakin meningkat dia akan semakin sukar untuk memperoleh anak.

Menurutnya, jika ditakdir berkahwin, baginya memperolehi anak dalam masa terdekat memang diidamnya dengan mengharap memperoleh sekurang-kurangnya dua cahaya mata.

Dalam mencari jodoh, Farahdhiya reda jika mempunyai suami yang lebih muda daripadanya. Namun perkara yang perlu dielaknya ialah mencari suami orang kerana enggan bermadu atau merosakkan rumah tangga orang.

Tambahnya, dia reda mendapat duda yang sudah beranak tetapi tidak sesekali berkahwin dengan suami orang.

Menurut Farahdhiya atau nama lengkapnya Farah Dhiya Mohamed Amin, dia bukannya tidak pernah bercinta tetapi masalahnya kira-kira 90 peratus lelaki yang cuba mendekatinya ialah suami orang.  Malah ada yang melamarnya.  

Namun setelah mengetahui lelaki itu suami orang, Farahdhiya siang-siang menolak agar hubungan tidak berpanjangan. 


Bukan kahwin sebenar dengan Zizan Nin, cuma lakonan dalam sebuah drama.

Farahdhiya mulanya menjadi artis rakaman KRU Records pada 2004 dengan single 'Bertahta Di Hati'. Setelah KRU Records, dia berpindah ke NAR Record tetapi kemudian lebih banyak bergiat dalam bidang lakonan.

Namun kegiatannya sebagai penyanyi kembali menyerlah setelah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kedua di Astro Ria pada 2015. Dalam pertandingan itu, Farahdhiya menduduki tempat kedua, tewas kepada Siti Nordiana dengan beza hanya dua markah.



Farahdhiya ketika kecil (tengah) bersama ibunya

Farahdhiya adalah seorang kacukan Melayu dan Inggeris di sebelah ibunya dan lahir di Portsmouth, England pada 28 April 1984

dan mempunyai wajah tubuh yang menarik. Kerana keseksiannya, dia mempunyai daya penarik sebagai penyanyi dan pelakon. - KitaReporters



11
11
0
11
0

Copy Link: