Siapa terima kad raya Anna Jobling? Projek Kad Raya 2026! 1,000 kad dikirim kepada peminat bertuah!

Published by
KitaReporters
Amalan mengirim kad hari raya melalui pos kepada kenalan atau saudara mara semakin terhakis akibat perkembangan teknologi. 

Ucapan hari raya tetap disampai, namun kini melalui kad digital yang dihantar melalui telefon pintar. Namun perasaan kita ketika menerima kad raya secara digital kurang kesan emosinya berbanding menerima kad raya melalui pos.




Ketika penghantaran kad raya secara pos masih marak, ramai yang menanti ketibaan kad raya daripada insan yang diminati terutama insan seni.

Ketika itu sebahagian insan seni baik dalam bidang lakonan atau nyanyian diberi sejumlah kad raya siap dicetak foto mereka oleh syarikat yang dinaungi untuk dihantar kepada peminat. Mereka hanya perlu menurunkan tandatangan pada kad itu.

Dan ia adalah sesuatu yang mengujakan apabila menerima kad raya daripada golongan artis. Malah ada yang menjadikan kad raya kiriman artis dipamer di dinding atau digantung dalam rumah untuk tontonan mereka yang datang beraya. Dan kemudian kad-kad raya disimpan sebagai kenangan.

Amalan itu ingin diwujudkan kembali  oleh bintang sensasi masa kini, Anna Jobling, 25. 


Pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling  Abdul Rahman ini melaksanakan Projek Kad Raya 2026 sebagai tanda penghargaan kepada peminat.

Dia mengeluarkan belanja sendiri mencetak 1,000 keping kad hari raya untuk diserah kepada peminat bertuah di Malaysia, Singapura malah Indonesia. 

Kad raya ini direka khas dengan sentuhan peribadi memapar fotonya sebanyak 1,000 keping. Kad raya ini dicetak dengan gambar solo dirinya dan sesuai dijadikan koleksi peribadi peminatnya.

Untuk itu, Anna mengeluar belanja sendiri membuat kad hari raya yang direka khas dengan sentuhan peribadi memapar wajahnya sebanyak 1,000 keping dan dikirim kepada peminat bertuah. 


Usaha peribadi itu dilakukan bagi mengekalkan tradisi kad raya yang semakin jarang diamalkan dan ia menjadi cara Anna berhubung secara lebih dekat dengan mereka yang sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya.

Langkah yang dilakukan oleh Anna ini perlu dicontohi insan seni lain dalam menghargai peminat. 

Insan seni harus ingat, popularitI disebabkan oleh ramai peminat. Dan tidak salah mengeluarkan sedikit wang untuk memberi ‘hadiah’ kepada peminat. Dan kad raya istimewa adalah antara caranya. - KitaReporters

15
24
0
10
0

Copy Link: