Nukilan Hati| Lagu AI| Ada Aku Kisah! Kau ada awek baharu! Kau ada kereta baharu! Aku tak kisah pun!
Published by
KitaReporters
--title--
Lagu AI: Jiwa Kacau Studio
Lirik Lagu: Rodly Fadly

ADA AKU KISAH
Lirik: Rodly Fadly
Ada aku kisah
Kau ada awek baharu
Berkepit bangga di depanku
Bercanda tanpa segan silu
Dengan harapan aku cemburu
.
Ada aku kisah
Kau bangga awek kau cantik
Hidung mancung alis lentik
Konon manja tergedik-gedik
Aku memandang terasa getik
.
Ada aku kisah
Kau ada kereta baharu
Sana sini kau melaram
Di depanku sengaja menderam
Dengan harapan aku naik geram
.
Aku tak kisah apa yang kau kisah
Kau punya hal aku tak ada masalah
Kita dah berpisah tak perlu berbalah
Mencari pasal tak sudah-sudah
Biarlah aku beralah, aku tak kisah
.
Ada aku kisah
Kau anak orang kaya
Wajah kacak dan ada gaya
Semua gadis berlumba-lumba
Nak rebut cinta sang kasanova
.
Aku tak kisah
Kerana yang aku cari cinta sejati
Yang tidak pernah engkau miliki
Bagimu cinta boleh dijual beli
Meninggalkanmu ku tak rasa rugi
.
Ada aku kisah?
Aku tak kisah
Ada aku kisah?
Aku tak kisah
Ada aku kisah?
Aku tak kisah
9
12
0
23
0
