Emma Rockers menafi segala tohmahan yang dikatakan oleh Awang BPR terhadap syarikat dan dirinya.


PENYANYI Emma Rockers atau Rahimah Sukor menganggap Awang BPR ibarat kacang lupakan kulit yang tidak bersyukur selepas dibantu

Emma benar-benar terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Awang BPR dalam satu program hiburan yang disiarkan menerusi televisyen pada 17 Julai 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kenyataan fitnah




Menurut Emma yang juga pemilik Impact Music & Entertainment, kenyataan yang dibuat oleh Awang BPR dalam program tersebut sama sekali tidak benar dan dibuat tanpa usul periksa.

“Impact Music & Entertainment menafikan sekeras-kerasnya bahawa kenyataan yang dibuat oleh Awang BPR dan kami meletakkan beban bukti yang kukuh ke atas Awang BPR untuk membuktikan setiap dakwaannya di mahkamah

“Kenyataan tersebut adalah satu tohmahan liar dan fitnah jahat yang bertujuan untuk memburukkan imej Impact Music & Entertainment sebagai salah sebuah syarikat pengiklanan dan pemasaran.

“Harga asal penjualan tiket bagi dua meja VIP ke Singapura bertujuan untuk mempromosikan “Showcase Awang BPR dan Rakan-Rakan & Makan Malam Amal” yang berlangsung pada 24 Jun 2022 di Loon Sing Convention Centre adalah berharga RM8,000 dan telah pun diserahkan kepada Awang BPR pada 2 Jun (2022) lalu,” jelas Emma dalam satu kenyataan pada hari ini, Selasa, 26 Julai 2022.


Emma (kanan) dan Awang BPR dalam satu pertemuan sebelum berlaku krisis antara mereka berdua.


Emma yang popular dengan lagu Kembalilah dan Redup Tak Berimbun itu menjelaskan, pihaknya tidak pernah sama sekali menerima, mengambil atau menggunakan atau apa jua faedah dan hasil daripada penjualan tiket tersebut melainkan dari apa yang telah dipersetujui. 

“Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa syarikat Impact Music tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan sebarang invois syarikat bagi apa-apa tujuan sekalipun. 

“Pihak kami juga telah pun membuat satu laporan polis pada 19 Julai 2022 bertujuan menyiasat pihak yang telah menyalahgunakan dan/atau memalsukan invois kami dan seterusnya menerima manfaat daripadanya. 

“Malah, kami juga telah menjalankan tanggungjawab seperti mana yang telah dipersetujui antara Impact Music dan NS Creative Management. Segala urusan adalah antara Impact Music dan NS Creative Management.


Emma aktif sebagai promoter di selatan tanah air dan sering menganjur showcase untuk rakan-rakan artis. 


“Awang BPR sebagai seorang yang muflis seharusnya berterima kasih kepada pihak yang membantu menaikkan namanya semula dan bukannya memburukkan dan menyebarkan fitnah kepada pihak lain,” kata Emma. 

Tegas Emma, kes ini sepatutnya boleh diselesaikan secara baik namun Awang BPR memilih untuk mensensasikannya maka pihaknya tidak mempunyai langkah lain melainkan menyerahkannya kepada pihak peguam dan undang-undang.

“Pihak kami juga ingin mencabar Awang BPR untuk memfailkan tindakan mahkamah terhadap kami sekiranya segala dakwaannya itu benar

Sekiranya tiada tindakan undang-undang difailkan maka kami menuntut satu permohonan maaf secara terbuka dibuat pada atau sebelum 1 Ogos 2022,” jelasnya. - KitaReporters


12
9
0
15
0

Copy Link: