SETUJU atau tidak penginapan adalah perkara paling utama dalam sesebuah percutian yang dirancang. Homestay (dumah inap), chalet dan hotel merupakan antara rumah rehat tumpangan pilihan bagi mereka yang mahu dan akan bercuti.  Bagi yang memiliki wang, homestay dan chalet merupakan pilihan untuk dibangunkan, sekali gus mengusahakannya. Namun pernahkah kita terfikir bagaimanakah rupa bentuk homestay yang diusahakan oleh  Orang Asli?? : KitaReporters


Chalet Orang Asli yang unik dan menggujakan. - Kredit foto: FB Chalett Ore Aslii


Sudah pastinya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini ramai antara kita ketandusan wang. 

Oleh itu, timbulah idea bagaimana kita mampu menjana pendapatan sampingan sendiri dan tidak hanya tertumpu dan mengharapkan bantuan yang disalurkan kerajaan. 

Ada sebidang tanah, pemandangannya menarik, berdirilah sebuah chalet yang tersergam indah, simple!! 


Pengalaman mendiami chalet kepunyaan Orang Asli pasti tidak dilupakan


Mungkin dekorasinya tidaklah semewah chalet di bandar atau di desa tetapi bagi sesiapa yang mementingkan pemandangan dan kehidupan yang tenang, lari daripada hiruk pikuk keriuhan bandar, inilah pilihannya

Menariknya fasiliti yang lengkap seperti tandas, kolam dan kawasan riadah setempat berjaya dihasilkan tanpa menimbulkan perasaan was-was pada pengunjungnya untuk mendiami. 

Kegusaran yang meliar dengan mengatakan kemudahannya tidak lengkap atau tidak disediakan sebaiknya adalah sesuatu yang meleset jauh. 

Tak ada televisyen atau akses Internet tak apa kan?? 

Penghasilannya dari sumber alam semula jadi menjadi nilai yang penuh berestetika bagi pencintanya yang rindukan reka bentuk klasik desa  yang unik. 



Pengunjung akan dapat merasakan kehidupan yang ala-ala ikhtiar hidup selama beberapa hari


Selain itu nilai aksiologi (etika dan estetika) yang bermanfaat dapat diambil bagi mereka yang dalam pengajian terutama bidang sejarah dan reka bentuk bangunan. 

Pemandangannya yang berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa menjadi hidangan rahsia chalet yang dibangunkan oleh Orang Asli ini. 

Jika kita pernah menonton filem Cannibal, Warriors of the Shadow: Seediq Bale dan Silou a Tale of An Orang Asli, rata-rata cara hidupnya bergantung dengan alam 100 peratus. 

Justeru tidak mustahilah juga setiap sisi penghasilan chaletnya menerusi bahan-bahan dari daun pokok, batang pokok dan batu-batu serta kayu-kayan.


Tanpa akses Internet dan televisyen sangat menenangkan dan terisi dengan aktiviti kampung versi Orang Asli


Yang pastinya pengalaman sebegini adalah sesuatu yang menggujakan kerana hidup tanpa kemudahan akses yang digemari. 

Sedar tidak sedar, dengan aktiviti pengusahaan chalet ini, ekonomi tidak hanya tertumpu di kawasan bandar, di kawasan luar bandar juga dapat merasai peredaran keluar masuk wang negara. 

Selain kita, dapat merasakan percutian yang ala-ala ikhtiar hidup ini, kita juga akan lebih berasa bersyukur dengan nikmat dan kesenangan pemberian Tuhan yang satu. 

Yang paling utama adalah kita dapat mengenali kawasan desa terpinggir Orang asli dan secara tidak langsung memesrakan mereka dengan kunjungan orang-orang bandar yang kehausan dengan ketenangan serta kehijauan flora dan fauna. 

Encik! Saya nak bilik No. 1, tiga hari, dua malam ya! - KitaReporters

1
3
0
0
0

Copy Link: