Ahli Jawatankuasa KRT Jalan Melati,Dungun yang menyertai MIsi Bantuan Banjir di Hulu Trengganu


SLOGAN  Sepakat Membawa Berkat yang menjadi amalan kepada ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) negara ini bukan sekadar cakap-cakap sebaliknya ia dipraktikan oleh sebahagian besar organisasi komuniti tersebut. 

Berbekalkan semangat kesukarelawanan yang tinggi serta aspirasi Keluarga Malaysia yang tebal selain prihatin terhadap nasib yang menimpa orang lain terutama dalam kalangan rakan-rakan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) tanpa mengira jarak dan batas sempadan sentiasa turun padang menghulurkan banyuan kepada mereka yang memerlukannya.


Lagi

Sebahagian barangan keperluan yang diagihkan mkepada mangsa banjir di Kampung Menerong, Ajil di Hulu Terengganu.


Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Melati, Dungun, Terengganu turut terpanggil untuk menggerakkan jentera perpaduan dalam kalangan ahli dan jawatankuasanya untuk mencurah khidmat dan bakti kepada bangsa banjir di Hulu Terengganu

Meskipun bencana banjir besar yang melanda daerah Hulu Terengganu sudah berlalu hampir sebulan namun, aktiviti menghurkan pelbagai bentuk bantuan kepada mangsa terbabit tidak pernah terhenti.

Menerusi Program Misi Bantuan Banjir di PPSK (Projek Penyusunan Semula Kampung) Felcra Gunung Menerong dan beberapa buah rumah kampung di Kampung Menerong, Ajil di Hulu Terengganu, KRT terbabit berjaya melaksanakan misi tersebut.


Mohd Amran Che Mood


Pengerusinya, Mohd Amran Che Mood berkata, beliau sendiri yang mengetuai misi tersebut bersama 25 ahli Jawatankuasa KRT yang bergerak ke kampung tersebut dengan menggunakan sebuah lori, empat buah pacuan 4X4 da dua buah kereta secara konvoi dan selamat sampai di lokasi kampung terbabit.  

Katanya, sebaik tiba di lokasi, rombongan telah disambut baik oleh Pengerusi KRT Kampung Menerong, Zainuddin Mohd bersama  ahli-ahli jawatankuasanya. 


Pengagihan barangan keperluan dari rumah ke rumah


Amran berkata, sempena misi tersebut pihaknya mengagihkan sumbangan barangan keperluan secara berkumpulan.

Katanya, sebanyak 63 buah rumah di PPSK dan 10 buah rumah kampung berjiran telah diagihkan bantuan hasil daripada sumbangan orang ramai.

Amran turut mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Perpaduan Daerah Dungun Tengku Mazila; Penolong Pegawai Perpaduan Dungun, Mohd Farid  Omar; dan Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Terengganu, Asronizam Mamat yang turut sama menyelaras program tersebut sehingga berjaya. - KitaReporters


Amran (tengah) melakukan gimik penyerahan kepada Ahli Jawatankuasa KRT Kampung Menerong, Ajil di Hulu Terengganu.

14
7
1
14
0

Copy Link: