PENYANYI dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, 46, bersyukur terlepas daripada hukuman gantung sampai mati, selepas Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, Selangor melepaskan tanpa membebaskannya (DNAA) daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis (ganja).

Yasin menyifatkan keputusan itu sebagai perkembangan positif buat dirinya. 

“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” kata kepada petugas media ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Petaling Jaya pada Rabu, 6 Julai 2022. 
Lagi cerita-cerita semasa berkaitan Yasin Sulaiman

Yasin kelihaan tenang menghadapi pendakwaan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya

Yasin kelihatan tenang menjawab pertanyaan media.

Selepas itu Yasin dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk tiga lagi pertuduhan. Jika sabit kesalahan Yasin boleh dijatuhi  penjara sehingga 5 tahun dan sehingga 6 sebatan.

Walaupun dilepaskan daripada tuduhan mengedar ganja, Yasin masih berdepan tuduhan atas kesalahan memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sementara itu, abangnya, Mohamed Zain Sulaiman turut meluahkan rasa syukur dengan keputusan Mahkamah Majistret hari ini, Rabu 6 Julai 2022 meskipun adiknya itu tidak dapat bersama-sama menyambut Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi. 

Yasin masih akan menjadi penghuni di Penjara Sungai Buloh, menanti kes-kes mahkamahnya selesai.

“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yasin hadapi ini.

“Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin,” katanya.



Sebelum ini, Yasin didakwa mengedar dadah berbahaya jenis sama di tempat, waktu dan tarikh sama yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7g di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pada 5.30 petang 24 Mac 2022.

Ia adalah kesalahan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 22 Ogos 2022 bagi sebutan kes membabitkan Yasin. - KitaReporters


9
14
0
12
0

Copy Link: