"MEREKA sangat keterlaluan bangun tidur saja terus ajak ke ranjang. Kami sudah tidak tahan lagi, penat untuk melakukan seks tiga kali sehari." Demikian rungutan wanita di Ghana dalam satu demonstrasi meminta kerajaan negara itu menamatkan lockdown berkuat kuasa dengan segera. : KitaReporters

 

Batalkan sekatan atau wanita Ghana ini ugut akan lari dari rumah.


Inilah sebahagian penangan wabak Covid-19 dan sekatan perjalanan atau lockdown di sesetengah negara yang bukan lagi menjadi satu bahan ketawa atau langkah yang dialu-alukan oleh rakyatnya. 

Apatah lagi jika arahan itu boleh menganggu gugat keharmonian rumah tangga seperti yang berlaku kepada wanita di benua Afrika ini.

Dalam satu rakaman video yang tersebar dalam mediasos yang dipetik oleh Ghanamma.com, wanita yang tidak dikenali itu, mengadakan bantahan sebagai mewakili wanita negara itu yang teraniaya akibat perintah berkurung sejak wabak Covid-19 melanda seluruh dunia sejak awal 2020.

Mereka mendesak Presiden, Nana Addo Dankwa membatalkan perintah sekatan itu segera atau mereka yang lari dari rumah.

Menurut wanita terbabit, apabila berkurung di rumah bagi tempoh masa yang lama, teman lelaki dan suami hanya menghabiskan masa makan, minum bermain permainan Internet, bersembang dalam media sosial dan menonton televisyen. Jadi lebih banyak masa terluang yang lain itu mendorong mereka memaksa pasangan memenuhi kehendak batin yang turut meningkat berlipat kali ganda.

Bagi pengantin baru memang mereka sangat suka bila terkurung begini dengan cuti pun lama dan pendapatan pula tidak terjejas. 

Sebaliknya ia bertukar menjadi mimpi ngeri bagi isteri atau suami yang pasangan mereka kaki pendera.

Sementara itu di Malaysia, jurucakap bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat negara ini memberitahu panggilan ke Talian Kasih bertambah sebanyak 57 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Setiausaha Persatuan Psiktiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani yang juga Kolumnis Awami memberitahu keganasan rumah tangga bermaksud perlakuan ganas terhadap pasangan membabitkan penderaan fizikal, seksual, psikologi serta sosial.

Katanya dalam kes penderaan itu bertujuan menunjukkan kuasa dan mengekalkan kawalan ke atas pasangan akibat cemburu atau rendah diri apabila pasangan lebih berpendidikan tinggi atau berpangkat serta kesukaran mengawal emosi.

Antara punca-punca lain keganasan rumah tangga ialah panas baran, perselisihan faham serta penagihan dadah.

Di Ghana, dalam kejadian yang membabitkan wanita di negara itu dilanda kemarahan dan mendesak presiden mereka menamatkan lockdown dengan serta merta kerana mereka sudah bosan melayan karenah suami dan teman lelaki yang memaksa melakukan hubungan seks dari siang hingga ke malam.

Negara di benua Afrika memang terkenal dengan kisah sensasi artis wanita dan gaya hidup bebas sehingga pelakuan seks dirakamkan dalam video dan diviralkan terbuka mungkin menjadi punca lelaki `memaksa` teman wanita dan isteri melayan nafsu mereka sepanjang masa.

Sebelum itu, Instagram Slay Queen @Ama Coke selebriti negara itu yang mengaku mempunyai 25 orang sugar daddy mendedahkan beberapa kumpulan lelaki yang cuba mengorat dan mengajaknya mengadakan hubungan seks dengannya.

Ama Coke menjadi pujaan lelaki Ghana kerana kehebatannya melayan 25 sugar daddy.


Wanita Ghana yang tertekan itu membuat bantahan sambil menjerit memberitahu, ramai mengadu keletihan melampau akibat desakan yang keterlaluan daripada suami dan teman lelaki mereka yang mengambil kesempatan perintah berkurung untuk melakukan hubungan seks sampai tiga kali sejak dari subuh sehingga larut malam.

"Bangun pagi saja, zakar sudah tegang menunggu kami. 

"Selepas mereka `menghentam` kami sampai lunyai, kami kena masuk dapur menyediakan makanan untuk mereka.

"Kerja mereka seharian ialah bersembang dalam media sosial atau menonton televisyen. Beberapa minit kemudian mereka minta lagi melayan mereka. 

"Ini sudah melampau. Kami dikurung atau menjalani kurantin bukan sebab seks. Kami duduk di rumah kerana Covid-19, Yang jelas kami sudah letih," katanya.

Dia mengaku sangat tertekan dan mendesak Presiden Nana Addo supaya membatalkan sekatan itu dengan segera sambil mengugut akan lari dari rumah jika arahan itu dibiarkan berterusan.

"Suami kami terlebih sudah `mengerjakan` kami," katanya sambil diredakan oleh rakan-rakannya. - KItaReporters

10
1
2
15
2

Copy Link: