JIKA golongan wanita ada kedudukan Ratu Cantik di dunia ini bagi menilai siapa paling menawan, lelaki juga apa kurangnya. Bagi kaum lelaki pula, kita mampu menilai dan melihat sendiri siapa yang terpilih dan diakui sebagai jejaka paling tampan di dunia melalui penganjuran Jejaka Paling Kacak 2020 oleh TC Candler. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan Fattah Amin:

https://kitareporters.com/search?search=fattah+amin


Menariknya, pada tahun 2020 ini kita menyaksikan seorang lelaki dari Malaysia telah berjaya masuk 'list' (senarai) rasmi sebagai antara 100 jejaka paling tampan itu. 

Beliau ialah pelakon terkenal, Fattah Amin.

Fattah Amin atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 30, merupakan satu-satunya selebriti dari Malaysia yang menerima pencalonan untuk edisi kali ini.

Dalam pada itu, tahun ini, seramai 12 lelaki dari negara jiran iaitu Indonesia tersenarai kategori tersebut.



Suami kepada pelakon cantik Fazura yang juga bapa kepada Nur Fatima Aisya itu bakal mendapat tentangan sengit daripada beberapa selebriti dari Hollywood dan K-Pop, serta artis seluruh dunia.

Seperti amalan kebiasaaan format pertandingan ini, TC Candler akan memilih beberapa pencalonan berdasarkan undian daripada peminat yang menamakan artis kegemaran mereka bagi merebut kategori 100 Wajah Paling Kacak dan 100 Wajah Paling Cantik pada tahun tersebut.

Antara figura terkenal yang pernah dinobatkan sebagai Jejaka Paling Kacak ialah artis Hollywood Michael Fassbender, Jamie Dornan, (2014), Diego Boneta (2015), Michiel Huisman, (2016), V BTS (2107), Jason Momoa (2018) dan Jungkook BTS (2019).

Semoga Fattah Amin berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, khususnya memberi kebanggaan buat semua kaum lelaki di Malaysia. 

Biar dunia mengakui bahawa 'jejaka-jejaka di Malaysia adalah tampan dan menawan'. - KitaReporters



2
0
1
0
0

Copy Link: