Video | Ibu yang kuat! Jadi insiprasi! Kegigihan bakal ibu kerja semasa sarat mengandung dikagumi!

Published by
KitaReporters


PERKONGSIAN seorang bakal ibu masih berusaha keras mencari rezeki ketika sarat mengandung di sebuah kedai kopi antarabangsa popular, Starbucks, telah mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media yang bernama @shiraabdul, menunjukkan beliau tetap gigih menjalankan segala kerja beliau meskipun dalam keadaan sarat mengandung termasuk menyediakan kopi pelanggan serta sempat bergurau dengan rakan sekerjanya ketika bertugas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan wanita-wanita yang mengandung


“Rasa bersyukur sangat Allah hadirkan orang yang baik serta tenaga yang saya sendiri tidak menjangka begitu kuatnya diri ini.

“Doakan semoga dipermudahkan segala urusan saya,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial berasa amat kagum dengan kegigihan wanita mencari rezeki meskipun sarat mengandung itu serta menjadikan sebagai satu inspirasi.



“Kuatnya awak. Saya yang kerja duduk pun ada hari yang saya tidak larat sangat. Semoga dipermudahkan urusan” kongsi @NorAmeilaNatasya.

“Awak seorang ibu yang sangat hebat” tulis @Nurizzbasir.

“Masa tengah sarat ini la bila angkat barang berat sikit sahaja pekerja lain sudah bising. Risau tengok perut makin membesar tetapi semuanya baik sahaja,” jelas @Avocado. - KitaReporters


13
19
0
17
0

Copy Link: