Video| Salah ke gemuk? Salah ke tak cantik? Zila kongsi pengalaman kena body shaming! Berani dia!

Published by
KitaReporters

Pelakon popular Zila Bakarin berkongsi luahan hatinya dalam aplikasi Threads dan secara tidak langsung mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Dikenali dengan personaliti yang bersahaja dan lantang bersuara, Zila atau nama penuhnya Norzila Mohd Razali bukanlah asing dalam dunia seni tanah air, malah sering tampil dengan karakter kuat dalam drama dan filem tempatan.



Namun kali ini, perhatian bukan tertumpu kepada lakonannya, sebaliknya kepada perkongsian jujur mengenai penampilan diri serta pengalaman awalnya menggunakan platform Threads yang menurutnya mempunyai ‘sisi gelap’ tersendiri.

Dalam satu hantaran, Zila meluahkan rasa kurang senang apabila ada individu yang menegur fizikalnya secara terbuka. 

“Korang tahu tak, tiba-tiba baru ni ada orang kata kita gemuk, dah tak cantik dah sekarang ek? Kita memang suka gemuk dan kita dah penat jadi cantik. Korang, salah ke gemuk? Salah ke tak cantik?” tulisnya.


View on Threads

Luahan itu nyata mengundang simpati dan sokongan ramai, termasuk rakan artis dan pengikut setianya. 

Rakan artis, Norlie Tamam Idris, turut meluahkan rasa geram terhadap sikap segelintir individu yang gemar mengkritik fizikal orang lain tanpa adab. 

“Memang rasa nak lempang jer orang yang cakap macam tu. Apa salahnya kalau takde benda baik nak cakap, tanya je ‘apa khabar?’ Ini tidak, nampak je kita terus ‘uish dah gemuk!’,” tulisnya geram.


 



Zila membalas dengan santai, malah menganggap komen tersebut sebagai sesuatu yang mencuit hati.

“Kelakarlah awak ni. Suka suka,” jawabnya ringkas.

Sementara itu, seorang netizen tampil memberi kata-kata semangat dengan menegaskan kecantikan bukan ukuran utama. 

“Cantik je! Biarlah mereka berkata begitu. Yang penting kita happy dan sihat.”


 



Tidak kurang juga komen yang cuba menenangkan keadaan. 

“Tak salah kak. Jangan sedih. Gemuk je kak. Takde hal,” tulis netizen tersebut lantas dibalas oleh Zila. “Kan gemuk je pun. Kita gemuk laki kita bagi makan, bukan laki dia.”

Manakala seorang lagi netizen menjelaskan perubahan badan adalah perkara biasa.

“Kena ikut peredaran zaman dan usia. Jika tak aktif memang badan akan naik,” tulisnya. 

Zila mengakui perkara itu sambil menjelaskan dirinya bukan penggemar senaman.

“Betullah tu. Kitapun memang tak suka exercise. Tetapi kita aktif dalam rumah, habis semua benda kita buat sendiri.”




Dalam perkembangan sama, Zila turut berkongsi satu lagi pengalaman yang membuka matanya tentang dunia Threads. 

Dalam hantaran berasingan, dia mengakui masih baharu menggunakan aplikasi tersebut dan tidak menyangka wujudnya reaksi negatif daripada sesetengah netizen. 

“Saya baru dalam Thread. Rupa-rupanya apabila komen dan tulis tu kena hati-hati ek. Kadang-kadang cakap dan teks tak sama cara penyampaian. Tadi baru buka dah kena sembur, sumpah!” luahnya.


View on Threads

Menurut Zila, dia menyangka platform itu lebih santai dan mesra seperti perbualan antara rakan.

“Saya fikir komen saya tu hanya gurau. Saya fikir semua warga Thread adalah kawan, tempat kita boleh luahkan pendapat, kawan-kawan yang sporting, tak ambil hati,” katanya lagi.

Namun realitinya berbeza apabila ada yang mengambil serius gurauan tersebut hingga menimbulkan salah faham.

“Ni yang malas nak aktif dalam media sosial sebab jumpa orang yang terpaling tak relax!” tambahnya.

Perkongsian itu sekali lagi mendapat perhatian ramai yang cuba memberi panduan dan sokongan. 



Ada netizen mencadangkan agar Zila menggunakan fungsi sekatan bagi mengelakkan individu toksik. 

“Kak Zila boleh tekan block dan not interested. Ramai lagi yang baik dalam ni.”

Seorang lagi netizen turut berkongsi pengalaman hampir sama dan menasihati agar tidak terlalu mengambil hati.

“Abaikan je. Kita chill² je kat sini. Tapi ada sorang dua yang bawa ‘peel’ tempat lain ke sini,” tulis netizen tersebut.



Manakala seorang lagi netizen memberikan pandangan yang lebih mendalam mengenai komunikasi dalam talian. 

“Kadang niat kita gurau, tapi orang lain baca dengan nada berbeza. Itu cabaran apabila berkomunikasi tanpa suara dan ekspresi,” katanya.

Dia turut menasihatkan agar pengalaman tersebut dijadikan pengajaran, bukan alasan untuk menjauhkan diri daripada media sosial.

Dalam dunia yang serba pantas dan penuh persepsi ini, mungkin benar seperti kata netizen, bukan semua orang memahami cara kita dan itu tidak mengapa. 

Yang penting, kekal menjadi diri sendiri sambil terus belajar menyesuaikan diri dengan perubahan zaman. - KitaReporters



12
13
0
9
0

Copy Link: