Video| Ustaz Kazim minta padamkan lakaran gambar orang sihirnya! Boleh timbul tanggapan tuduhan!

Published by
KitaReporters


KECOH dalam TikTok baru-baru ini apabila pemilik akaun yang dikenali sebagai perawat perubatan Islam telah melukis jenis makhluk gangguan halus dan siapa pemilik yang hantar sihir kepada Ustaz Kazim Elias

Disebabkan kes ini telah mendapat perhatian, ada netizen yang meminta seorang pemilik TikTok untuk melukis jenis gangguan halus yang mengganggu Ustaz Kazim itu.

Pendedahan tersebut telah mendapat perhatian banyak pihak dan kecoh dalam media sosial ekoran pendedahan tersebut. Persoalan dia adakah ia benar? 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pendakwah Ustaz Kazim Elias




Perkara ini juga telah menarik perhatian tuan badan apabila meminta pemilik akaun tersebut untuk memadam video atau gambar tersebut dek kerana tidak mahu timbul sebarang salah faham

Menurut Ustaz Kazim, beliau meminta agar tidak timbul tuduhan kepada mana-mana pihak kerana ia bukan kaedah rawatan yang dibenarkan dalam Islam



Ketika Ustaz Kazim atau nama penuh Mohamad Kazim Elias muncul dalam rancangan MeleTOP untuk menjawab tuduhan kononnya Ustaz Kazim mencari populariti dengan mendakwa diri di sihir. Malah dirinya juga telah membuat pendedahan secara langsung apa alami oleh Ustaz Kazim selama ini.

Ekoran pendedahan itu, Ustaz Kazim telah mendapat perhatian ramai yang ingin bantu penyakit yang dihadapi oleh Ustaz Kazim. 

Kita doakan harap Ustaz Kazim akan kembali sembuh seperti sedia kala dan mereka yang menghantar gangguan itu akan insaf dan taubat nasuha kepada Allah.

Terkini didapati video tersebut telahpun dipadamkan oleh pemilik akaun TikTok tersebut. - KitaReporters


15
11
1
12
0

Copy Link: