Johor Darul Ta'zim (JDT) FC menepati ramalan untuk muncul juara Piala FA Malaysia selepas menewaskan Terengganu Football Club (FC) dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada malam tadi (10 September 2022). 

JDT selaku pasukan pilihan ternyata mempamerkan gaya permainan menyerang sebaik permainan bermula

Gerakan daripada trio, Arif Aiman Mohd Hanapi, Bérgson da Silva dan Fernando Martin Forestieri ternyata telah mengucar-kacirkan barisan pertahanan Terengganu


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala FA


Sementara skuad kendalian Nafuzi Zain pula memilih untuk bermain bertahan dan akan menggunakan taktikal menyerang balas dengan pantas jika berkesempatan.  

Harimau Selantan terpaksa menunggu sehingga minit ke-34 untuk mendahului perlawanan selepas Arif Aiman berjaya melepaskan rembatan kaki kiri untuk  meledak gol pertama. 

Terengganu cuba mencari gol penyamaan menerusi beberapa gerakan namun barisan pertahanan JDT mudah mematah serangan mereka. Dalam usaha Terengganu mencari gol, JDT terus mengukuhkan kedudukan selepas Bergson meletakkan JDT selesa mendahului 2-0 apabila mudah menjaringkan gol menerusi penalti pada minit ke-63.

Usaha skuad penyu akhirnya terbalas apabila ketua pasukan, Tchetche Kipre merapatkan defisit gol pada minit ke-75 selepas menerima hantaran cantik Muhammad Faisal Abdul Halim



Bagai mendapat tonik, Terengganu terus lancarkan serangan untuk mencari gol kedua. 

Namun harapan itu ternyata palsu apabila tidak sampai tiga minit, Bergson sekali lagi mencetak gol kedua peribadi beliau selepas Fernando Forestieri melorong bola cantik kepada rakan sepasukannya untuk meletakkan JDT mendahului 3-1. 

Jaringan ketiga JDT itu membunuh semangat pemain Terengganu untuk mencari gol. Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan. 

Kemenangan malam ini merupakan kejuaraan kedua JDT selepas muncul juara pada tahun 2016. Penjaring gol pertama JDT turut dipilih selaku pemain terbaik perlawanan kerana tampil cemerlang dalam perlawanan ini. 

Disebabkan kejuaraan Piala FA, Kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk umumkan cuti peristiwa esok (11 September 2022) kepada seluruh rakyat Johor. - KitaReporter


11
12
0
15
0

Copy Link: