AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menghantar pasukan sukarelawan seramai 50 orang dalam misi bantuan banjir di Baling, Kedah pada Selasa, 5 Julai 2022 lalu.

Pasukan sukarelawan yang diketuai Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz turut membawa dua lori muatan 1 tan berisi barangan keperluan isi rumah yang keseluruhan bernilai RM50,000


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Shamir Aziz mengagih-agihkan barangan keperluan yang dibawa untuk mangsa-mangsa banjir di Kupang, Baling.


Selain barangan keperluan utama iaitu tong gas, dapur, cerek, telekung, sejadah, kain pelikat, kain batik, tuala wanita, barangan mandian, bantal, selimut, selipar, power bank dan lain-lain, misi kali ini turut disertai dua jentera berat yang digunakan untuk kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang, kenderaan yang tersadai dan membersihkan rumah kakitangan dan Sahabat AIM yang terkesan

Selain bantuan barangan dan kerja-kerja pembersihan, AIM turut memberikan Moratorium Bersasar selama 6 bulan kepada Sahabat AIM yang terjejas akibat banjir

Untuk moratorium bersasar ini, Sahabat AIM perlu membuat permohonan di cawangan masing-masing

Banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Iboi, Jerai dan Kupang pada 4 Julai 2022 lalu turut membabitkan seramai 115 Sahabat AIM

Kesemua sumbangan dari AIM diserahkan oleh Shamir ke Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir di Sekolah Menegah Kebangsaan Jerai. - KitaReporters/Kenyataan Media


7
14
0
12
0

Copy Link: