Puteri Sarah dikerumuni petugas media selepas menfailkan pemohonan cerai
BILA hati sudah retak dan setelah mendapat petunjuk ketika menjalani umrah tidak lama dahulu, pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, nekad memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Syamsul Yusof, 39, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin, 16 Januari 2023.

Baginya cukuplah hampir sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan dengan membuahkan dua cahaya mata. Dan 4 tahun terakhir kehidupan rumah tangganya diranjaukan dengan gangguan orang ketiga.

Susulan itu, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac 2023 depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah turut diiringi adik-adiknya


Bagi Puteri Sarah tarikh 7 Mac itu memberi erti tersendiri baginya kerana ia adalah sehari sebelum ulang tahun perkahwinan kesembilannya iaitu pada 8 Mac 2023.

"Saya lega, kalau ikutkan tahun ini cukup sembilan tahun perkahwinan kami dan sebenarnya tarikh 7 Mac yang ditetapkan mahkamah ini sangat signifikan kerana 8 Mac adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang kesembilan.

"Syukur alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Mohd Syamsul. Nampaknya tak ada rezeki," katanya kepada petugas media di pekarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pagi Isnin, 16 Januari 2023.

Puteri Sarah berjubah hitam tiba kira-kira jam 10.30 pagi ditemani dua orang adiknya serta diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.



Puteri Sarah turut menegaskan dia bukanlah antipoligami, tetapi bertindak menuntut cerai kerana kecewa ditipu oleh suaminya, Syamsul.

Tambahnya, segala usaha telah dilakukan untuk memperbaiki hubungan mereka suami isteri tetapi tidak berhasil.

"Sebenarnya poligami itu indah sekiranya suami itu berlaku adil. Tapi sebab saya ditipu dan tak minta izin dan tak berbincang dulu. Jadi saya rasa ini jalan terbaik dan alhamdulillah saya jalankan tugas sebagai seorang isteri. 

"Apa yang saya boleh katakan, alhamdulillah saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya dah buat yang terbaik, berbincang dengan keluarga, saya bertahan, berjumpa dengan ustaz dan ustazah tapi sama juga masih tiada perubahan," jelasnya.



Puteri Sarah menyifatkan doanya sewaktu mengerjakan ibadah umrah dimakbulkan Allah. Katanya, usaha dan istikharah yang dilakukan adalah jawapan kepada semua keputusan yang dibuat.

Sebelum ini, Puteri Sarah menerusi Instagramnya memohon Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.  

Pada Jumaat, 6 Januari 2023, Syamsul mendedahkan telah bernikah dengan Ira Kazar di selatan Thailand yang berwakil walikan ayahnya, Kazarudin Saisi. Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5. 



Puteri Sarah kelihatan ceria dan bersemangat ketika mengemukan fail perceraian dan menjawab pertanyaan pihak media. Dia memulakan pergerakannya memasuki pekarangan mahkamah syariah dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim.

Puteri Sarah dilihat kelihatan ceria dan bersemangat walaupun dilaporkan letih kerana baru pulang dari set penggambaran pada jam 1 pagi.

Permohonan cerainya asalnya berlangsung pada Khamis, 12 Januari 2023 tetapi terpaksa ditanggung kerana ketika itu dia menjalani penggambaran sebuah drama di Seremban, Negeri Sembilan. - KitaReporters

9
10
0
10
0

Copy Link: