Nukilan Hati| Lagu AI| Adat Orang Bercinta! Cinta menyinta tak salah! Asal berlandas perintah Allah!

Published by
KitaReporters


Lagu AI: Jiwa Kacau Studio

Lirik Lagu: Rodly Fadly




ADAT ORANG BERCINTA

Lirik: Rodly Fadly


Adat orang bercinta

Semuanya indah belaka

Tidak pernah ada sengketa

Rasa bahagia sepanjang masa

.

Adat orang bercinta

Setiap detik ingin bersama

Setiap hari mahu berjumpa

Bila jauh rindu terasa

.

Hey orang muda

Sungguh asyik masa bercinta

Bagai dunia milik berdua

Merempuh api pun kau rela

.

Janji berkasih hingga ke syurga

Tapi ingat hai orang muda

Jangan hanyut dalam khayalan

Berkasih biar ada sempadan

.

Hukum agama jadikan panduan

Agar terhindar hasutan syaitan

Cinta menyinta tidak salah

Kasih berkasih adalah fitrah

Satu rasa ibarat anugerah

Asalkan berlandas perintah Allah

11
13
0
14
0

Copy Link: