Video| Inilah dia pemenang trend! Hebat kau dik! Teh ais ikat tepi dah jadi teh ais masuk kolam!

Published by
KitaReporters


BANYAK trend yang diikuti golongan muda dalam Tiktok untuk dijadikan sebagai satu hiburan. Samalah dengan seorang lelaki ini yang dilihat mengikuti trend dalam TikTok dengan membawa sebuah plastik air besar dan kelihatan sangat berat.

Tetapi ia menjadi sebuah video yang sangat lucu apabila pemuda ini yang dilihat membawa plastik air yang besar tiba-tiba jatuh ke dalam sebuah kolam di belakangnya.

Netizen yang melihat video ini sangat terhibur kerana tidak menyangka akan menjadi seperti ini. Lelaki ini juga berasa tergamam dan terkejut apabila dia akhirnya berada di dalam kolam tersebut gara-gara terjatuh.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan trend


Oleh sebab itu netizen berseloroh, lelaki ini pemenang bagi trend ini berbanding yang lain dalam Tiktok.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berdekah melihat situasi ini dan berseloroh dan tak menyangka lelaki itu akan terjatuh di dalam kolam pada awalnya. - KitaReporters




19
8
0
8
0

Copy Link: