BEKAS pemain nombor 1 badminton dunia, Dato Lee Chong Wei (LCW) mengakui bahawa beliau sememangnya mendapat tawaran untuk melatih pasukan badminton dari negara luar, namum begitu beliau memilih untuk berehat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada menerima atau sebaliknya.

Bagi LCW, buat sementara waktu ini, beliau ingin memanfaatkan masa sebaik mungkin di Malaysia bersama keluarga dan berjalan-jalan di bazar Ramadan sambil menunggu jemputan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri nanti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan badminton



Dengan pengakuan LCW ini, sudah pasti ia memberi tamparan hebat pada sukan badminton negara terutama pada Badminton Association of Malaysia (BAM) kerana bakal kehilangan seorang bekas pemain terbaik dunia.

Dengan pelbagai pencapaian pada peringkat antarabangsa, sudah pasti setiap negara sangat menagih ilmu serta pengalaman daripada LCW untuk diturunkan kepada pemain muda, sekali gus menjadi pemain badminton terbaik dunia seperti dirinya.



Jika BAM lambat bertindak, pasti ia akan menimbulkan perasaan kurang senang daripada para peminat setia badminton.

Sebab apa? Kerana kita bagaikan melepaskan satu peluang terbaik dan pemain terbaik dunia ini. Mungkin beliau tidak berjaya menang pingat emas tetapi mungkin beliau mampu melahirkan pemenang pingat emas di Sukan Olimpik kelak. 

Sebagai peminat setia badminton, sememangnya kita ingin melihat pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak 3 kali ini terus melatih pasukan Malaysia agar dapat melahirkan pemain perseorangan negara yang lebih baik pada masa hadapan

Terutama pemain perseorangan wanita yang ketika ini boleh dikatakan agar kurang menyerlah pada peringkat antarabangsa dan kita juga dahagakan kejayaan dalam perseorangan wanita. 



Dari segi bayaran, sudah pasti negara yang memberi tawaran kepasa LCW telah membuka satu harga yang sangat tinggi kerana mereka sendiri tahu dengan siapa mereka sedang berurusan.

Persoalannya, adakah kita bakal kehilangan seorang laeenda Badminton negara atau LCW memilih untuk terus kekal di Malaysia untuk melatih pasukan Malaysia? - KItaReporters


Sama-sama kita nantikan kemungkinan besar selepas raya Aidilfitri nanti akan ada perkembangan terbaharu.

Kredit Foto - Instagram LCW

12
12
0
9
0

Copy Link: