Bila sebut lagu ‘Donde’ tentu ramai tahu siapa penyanyinya waima keunikan judulnya memikat.

Terbaharu, penyanyinya, Andi Bernadee, 30,  tampil pula dengan tajuk ‘Du’ untuk lagunya setelah hampir setahun tidak hadir dengan mana-mana single selepas ‘Kais Pagi, Kais Petang’.

Apa pula maksud ‘Du’ kali ini?

Du adalah singkatan daripada perkataan rin-Du yang menjadi signifikasi kepada ‘kerinduan yang berbalas’, diangkat menjadi tema lagu ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan erti rindu

Andi (tengah) bersama Ketua A&R, Brian (kiri) dan Darren Choy, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia.


“Asalnya, kami bercadang nak guna judul 'Du Du Du' tetapi dah ada yang menggunakannya terlebih dulu. Jadi nak elak kekeliruan, kami pilih Du,” ujar pemilik nama penuh Andi Azrul Andi Mapangile ini pada majlis pelancaran ‘Du’ yang berlangsung di Bsynclive pada 18 Mac 2022.

Selain itu, jelas Andi, lagu tersebut adalah hadiah istimewanya buat peminat-peminatnya  yang sudah lama merin-Du-kan buah tangan terbaharu daripadanya.

Hasil nukilan sepenuhnya oleh komposer asal Singapura, Alyph (Magic Potions), 'Du' merupakan  sebuah karya istimewa buat Andi yang masih sinonim mempertaruhkan genre reggaeton.




Terbitan, Warner Music Malaysia. pembikinan ‘Du’ bagaimana pun disifatkan oleh Andi sebagai yang paling mencabar kerana ia dilakukan secara jarak jauh antara dua buah negara iaitu Malaysia dan Singapura sehingga memakan masa selama 6 bulan untuk disempurnakan. 

“Kami memperuntukkan sebanyak 2 sesi rakaman saja agar lagu ini betul-betul kena dengan jiwa saya dan komposer. Bayangkanlah, kami hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp saja dan agak mencabar kerana tak dapat bersemuka.

"Namun, melalui panggilan video yang diadakan di Taja Studio, Damansara Perdana bersama Alyph, kami berjaya menghasilkan 'Du' sebaik mungkin,” tambah Andi dalam nada lega. 



Begitu pun, katanya, ‘chemistry’ yang terjalin sebelum ini bersama komposer Alyph membuatkan tugasannya lebih mudah apabila Alyph sudah memahami apa yang dimahukannya.

Berkongsi lanjut mengenai perancangannya, Andi memberitahu ingin mencuba sesuatu yang baharu.

“Nantikan karya-karya saya yang akal menyusul tak lama lagi,” tambah Andi sambil membayangkan akan menyiapkan album baharu di mana kini beliau masih dalam proses pengumpulan ‘material’ dan ‘Du’ akan menjadi salah sebuah lagu yang akan dimuatkan dalam album berkenaan.

Beliau akui setelah lebih 5 tahun berada dalam industri seni, ia sedikit sebanyak telah membentuk peribadinya sebagai seorang artis dan akur dengan perkembangan muzik semasa.



“Kerana itu saya sentiasa inginkan sesuatu yang baharu dan segar buat peminat terutama Andidears sebab saya tahu setiap kali saya muncul dengan lagu baru mereka akan tertunggu-tunggu apakah kelainan yang ditampilkan,” jelas Andi.

Sehubungan itu, video muzik Du yang diarahkan oleh pengarah terkemuka, Ghazi Maslan, hadir dalam konsep yang berbeza dan unik apatah lagi Andi seperti yang diketahui ramai, gemarkan sesuatu yang out of the box.

“Saya suka buat sesuatu yang orang lain tak pernah buat atau jarang buat, konsepnya rin-Du. Rin-Du siapa? Kenalah tonton MV Du dan anda pasti dapat jawapannya,” akhiri Andi dengan harapan pendengar puas dengan karya terbaharunya itu. - KitaReporters


21
9
0
12
0

Copy Link: