Berita Terkini| Tidak dibenarkan pulang beraya! Tahanan depoh imigresen merusuh! Tiada cedera!

Published by
KitaReporters

PASUKAN Unit Tempur Ringan (LSF), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian di Manggatal, Sabah. - Kredit foto: PDRM


GARA-GARA tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan balik untuk menyambut Aidilfitri sekumpulan tahanan Depoh Tahanan Imigresen (DTI) di Manggatal, Sabah bertindak untuk merusuh pada awal pagi Ahad, 25 April 2021.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, tiada kecederaan atau tahanan melarikan diri.

“Bagaimanapun keadaan dapat dikawal selepas pasukan Unit Tempur Ringan (LSF), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian.

"Kita cuma dimaklumkan terdapat beberapa kerosakan dalam kejadian itu yang hanya membabitkan sebuah blok," katanya dipetik oleh Berita Harian, Ahad, 25 April 2021.

Hazani berkata, siasatan awal mendapati kebanyakan tahanan dikatakan tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan pulang menjelang hari raya.

"Tahanan bertindak sedemikian disebabkan mereka tidak dapat balik Hari Raya. Kalau ingat 2015 lalu, dua hari sebelum hari raya, mereka juga merusuh sebab nak balik raya.

Tegas Hazani, buat masa ini, penghantaran balik tahanan ke negara asal terganggu disebabkan pandemik Covid-19. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Hazani berkata, siasatan awal mendapati kebanyakan tahanan dikatakan tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan pulang menjelang Hari Raya. - KRedit Foto Sabahpost.net

0
1
0
1
1

Copy Link: