BERCERITA berkaitan Covid-19 pasti ramai mempunyai kisah yang menakutkan walaupun bukan dirinya sendiri positif tapi kisah ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan yang disahkan positif pasti membuatkan kita insaf.

Lebih menyedihkan sehingga meragut nyawa semua itu akibat kedatangan ‘tetamu  yang tidak diundang’ berkenaan.

Namun di sebalik ketakutan itu ada lagi yang masih tidak merasakan kedatangan ini sebagai teguran Maha Esa.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/coronavirus




Buktinya berlaku di sebuah hospital di daerah Dompu, Nusa Tenggara Barat, Indonesia baru-baru ini apabila sepasang kekasih yang menjalani kuarantin dicekup kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah ruang yang dijadikan tempat pengasingan bagi pesakit Covid-19

SubhanaAllah… sepatutnya tempat itu menginsafkan kita! Dan di situ kita mula berubah dan bermunajat memhon keampunan.

Tetapi lain pula jadinya apabila tempat itu dijadikan mereka untuk memadu kasih.

Memetik laporan Tribunnew.com, video pasangan itu memadu kasih di ruangan pengasingan berkenaan menjadi tular.



Sementara itu, Pengarah Hospital berkenaan Dr. Alief Firyasa Maulana berkata, pihaknya terpaksa membuat aduan kepada pihak berkuasa selepas mengesan berlaku kejadian tidak bermoral di tempat pengasingan berkenaan.

Pasangan itu yang dikatakan positif ditahan di hospital berkenaan sebelum dicekup kerana melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut. 

Video berdurasi satu minit 30 saat itu memaparkan mereka sedang melakukan hubungan seks semasa berada di ruangan pengasingan yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19.

Difahamkan, lelaki yang terbabit di dalam video tersebut merupakan seorang pegawai polis yang bekerja di daerah tersebut dan sedang menjalani kuarantin selepas sah positif Covid-19.


Pengarah Hospital Umum Dompu, Dr Alief  Firyasa Maulana mengesahkan berlaku kejadian tidak bermoral itu di wad isolasi yang menempatkan pesakit Covid-19. - Kredit foto: Bimakini.com.


Allahu… Sepatutnya kita berubah ke arah kebaikan dalam keadaan dunia semakin nazak bukan lagi menambahkan bala yang ditanggung.

Ya Allah… Ampuni kami yang menzalimi diri kami sendiri!

Teman-teman… Berdoalah dan beristighfarlah kepada Allah. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Tetapi hamba itulah yang sering berlaku zalim kepada Allah.

Bayangkan jika Allah lanjutkan wabak ini berbulan-bulan lamanya. Seluruh aktiviti yang menjana ekonomi manusia akan lumpuh. Kekurangan makanan akan berlaku di mana-mana. Kebuluran berleluasa.

Saat itu manusia tidak lagi memikirkan kediaman, kenderaan, pakaian dan kemewahan tapi yang difikir ialah bagaimana untuk mendapat makanan sahaja. - KitaReporters

0
0
2
0
0

Copy Link: